Connect with us
Kool FM

Berita

“Dipaksa Telan 10 Biji Ubat” – Pemuda Hilang Ditemui Semula Selepas Lima Hari, Dedah Detik Cemas Diculik

Amirul akhirnya berjaya dielamatkan selepas polis menyerbu rumah terbabit malam tadi…

Published

on

Terdahulu, agak kecoh di ruangan media sosial dengan kes kehilangan seorang pemuda apabila bapanya membuat laporan polis selepas gagal menjejaki anaknya itu Sabtu lalu. Menurut bapanya, kali terakhir anak sulungnya, Muhammad Amirul Shafiq, 25 tahun, yang juga peniaga telefon bimbit membuat penghantaran tiga unit telefon pintar Apple iPhone 12 berharga lebih RM17,000 kepada seorang pembeli di sebuah premis perniagaan di Sungai Besi.

Image via: Facebook

Bagaimanapun, selepas lima hari menghilangkan diri, Amirul berjaya diselamatkan oleh pihak polis dalam sebuah serbuan sekitar jam 12.30 tengah malam tadi. Menceritakan kejadian tersebut, Amirul berkata dia tidak menyangka lelaki yang berhubung dengan dia untuk membeli telefon bimbit dijualnya itu sebenarnya mempunyai niat jahat dengan membawa lari dan memerangkapnya.

 “Sepanjang lima hari dikurung di dalam sebuah rumah di Ayer Keroh, Melaka, saya hanya beberapa kali sahaja makan nasi dan biskut malah kadangkala tidak diberi makan,” kata Amirul.

Menurut Amirul, pada awalnya dia tidak mengesyaki apa-apa semasa diminta untuk ikut bersama dan masuk ke dalam kereta pembeli tersebut yang di parkir di bawah banggunan. Permintaan itu kononnya tidak mahu ada orang nampak ketika mengira wang yang banyak dibawanya itu. Bagaimanapun, keadaan bertukar cemas apabila pembeli itu terus menyembur ubat nyamuk ke mata dan menumbuk sebelum mengikat tangan dan mulut dengan pita pelekat.

image via: Facebook

Kata Amirul, dia cuba menjerit meminta pertolongan namun tidak didengari oleh sesiapa. Dia kemudian terus dibawa ke sebuah farmasi di sekitar Sungai Besi. Dia kemudian dipaksa untuk makan 10 biji ubat yang kemudian membuatkan dia berada dalam keadaan separuh sedar. Menurut Muhammad Amirul, dia kemudian terus dibawa ke rumah di Ayer Keroh, Melaka dan dikurung di dalam rumah itu bersama lelaki lain dipercayai rakan mereka.

Amirul dikurung di rumah tersebut dan dikawan oleh rakan pembeli tersebut yang menyamar sebagai anggota polis. Tujuannya adalah untuk menakutkan Amirul kononnya dia ada melakukan kesalahan. Bagaimanapun, Amirul akhirnya berjaya dielamatkan selepas polis menyerbu rumah terbabit malam tadi. 

Menurut Amirul, dia sempat bermimpi dirinya diselamatkan oleh polis dan tidak menyangka ia akhirnya menjadi kenyataan. Sejurus itu, pembeli iPhone tersebut bersama rakannya ditahan polis untuk siasatan lanjut. Bapa Amirul turut menzahirkan rasa syukur apabila anaknya itu berjaya ditemukan semula dan diselamatkan sebelum perkara yang tidak diingini terus berlaku. 

Baca juga artikel menarik lain:

[VIDEO] “Dengan Mesin Pun Nak Gaduh” Gaya Amy Search Cakap Cina Bikin Netizen Pecah Perut

YouTuber Maut Ditikam Bertubi-Tubi Akibat Permainkan Hati Kekasihnya Sendiri

Sumber berita: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement