Connect with us
Webinar Kool

Berita

Dikejar Polis Sampai Kereta Terbabas Di Tali Air

Kereta terbabit terbabas dan terhumban ke dalam tali air sebelum tenggelam.

Published

on

Orang kata malang tu tak berbau, ini yang berlaku kepada dua penjenayah lelaki lemas selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam tali air ketika dikejar polis di Utan Aji Kangar, Perlis jam 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, dua suspek tersebut berusia lingkungan 21 dan 25 lemas selepas gagal keluar dari kenderaan mereka.

Menurutnya, suspek yang menaiki kereta Honda Civic sebelum itu bertindak melarikan diri ketika cuba ditahan ketika sekatan jalan raya di Jalan Lencongan Dua Kangar menyebabkan mereka dikejar anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Ketika melalui laluan tepi tali air, kereta terbabit terbabas dan terhumban ke dalam tali air sebelum tenggelam. Orang awam yang berada di sekitar kawasan tersebut cuba mengeluarkan mereka tapi ketika dikeluarkan, mereka sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya lagi, hasil pemeriksaan mendapati kereta dinaiki mereka adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

 

 

 

 

Sumber: hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement