Connect with us
Webinar Kool

Berita

Dihukum Mati Atas Kerusi Elektrik, Tetapi Selepas 70 Tahun Dibuktikan Tidak Bersalah

Lepas 70 tahun baru dibukti tak bersalah…

Published

on

Hukuman mati menggunakan kerusi elektrik mungkin dilihat sebagai satu jenis hukuman yang hanya digunakan pada zaman dahulu, di mana ia pertama kali digunakan pada tahun 1890. Walaupun nampak macam satu jenis hukuman yang ketinggalan zaman, hukuman ini sebenarnya masih menjadi salah satu pilihan hukuman untuk beberapa negeri di Amerika Syarikat iaitu Alabama, Florida, South Carolina, Kentucky, Tennessee, dan Virginia.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pengamal undang-undang yang merasakan hukuman jenis ini tidak berperikemanusiaan dan tidak begitu efektif dalam melaksanakan hukuman mati. Namun pada tahun 1944, seorang pemuda berumur 14 tahun telah dihukum mati menggunakan kerusi elektrik. Ia menjadikan remaja tersebut sebagai orang termuda yang menerima hukuman sebegitu. Tetapi ada kisah di sebalik hukuman yang dikenakan kepada pemuda tersebut.

Hukuman Dijatuhkan Selepas Dibicara Selama 10 Minit

Pada bulan Mac 1944, seorang remaja bernama George Stinney telah ditahan polis yang mana ketika itu Stinney baru berusia 14 tahun. Sewaktu dia ditahan, ibu bapanya tiada di rumah dan adik perempuannya bersembunyi di kandang ayam belakang rumahnya. George Stinney bersama abangnya digari dan dibawa ke balai polis untuk siasatan. Semua ini terjadi selepas berlakunya satu kes pembunuhan di kawasan tempat tinggal mereka, di Alcolu iaitu sebuah bandar berasingan di Carolina Selatan. 

Dalam kejadian tersebut, mayat dua orang gadis ditemui, iaitu Betty June Binnicker (11 tahun) dan Mary Emma Thames (7 Tahun) yang dikatakan hilang sehari sebelum mereka ditemui mati akibat hentakan di kepala. Semasa kedua-dua gadis itu dilaporkan hilang, Stinney dikatakan turut membantu mencari mereka kerana ayahnya juga merupakan sebahagian daripada pasukan pencarian. Tetapi disebabkan terdapat laporan yang mengatakan Stinney merupakan orang terakhir yang dilihat bersama-sama dengan gadis tersebut, pihak berkuasa terus membuat tangkapan untuk disoal siasat. 

Semasa disoal siasat, dikatakan Stinney membuat pengakuan atas tuduhan membunuh yang dikenakan terhadap dia. Ada yang mengatakan Stinney sebenarnya kelihatan begitu takut sehingga dia terpaksa mengaku ke atas semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Semasa dibicarakan di mahkamah pula, hakim yang mengendalikan kesnya hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja untuk menjatuhkan hukuman ke atas Stinney. 

Akhirnya Stinney dijatuhkan hukuman renjatan kerusi elektrik sehingga mati, dan menjadi lelaki termuda yang dihukum menggunakan kerusi elektrik. Walaupun terdapat perdebatan ketika itu tentang prosiding undang-undang yang dijalankan serta keputusan menghukumnya menggunakan kerusi elektrik yang dilihat tidak sesuai, ia tidak diendahkan. Semasa Stinney hendak dihukum, beberapa buah buku terpaksa diletakkan di bawahnya kerana dia terlalu kecil untuk kerusi elektrik tersebut. Tetapi selepas 70 tahun, kesnya dibuka kembali dan dikatakan sebagai satu kes yang tidak mendapat perbicaraan yang adil. 

Berjaya Dibuktikan Tidak Bersalah Selepas 70 Tahun

Ada yang mengatakan bahawa cerita penduduk setempat yang ternampak Stinney mengekori kedua-dua gadis lalu memukul mereka sehingga mati membuatkan mereka yakin bahawa Stinney lah pembunuh sebenar. Tetapi selepas 70 tahun, akhirnya keluarga Stinney berani untuk bersuara ke atas ketidakadilan yang berlaku kepada George Stinney. Keluarga Stinney mengatakan bahawa pengakuan George Stinney semasa disoal siasat adalah secara paksaan. Pada 17 Disember 2014, selepas 70 tahun kematian George Stinney, akhirnya dia didapati tidak bersalah.

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement