Berita
Didakwa Sekali Lagi, Ustaz Budak Berdepan Dengan Lapan Pertuduhan Seksual Kanak-Kanak
Memang tak serik kot ni…
Jenayah seksual boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, umur dan jenis pekerjaan. Terbaharu, seorang pengurus madrasah yang dikenali sebagai ‘Ustaz Budak’ didakwa di Mahkamah Sesyen atas lapan pertuduhan jenayah seksual yang dilakukan pada November 2017 hingga Oktober tahun lalu. Jenayah seksual tersebut dikatakan melibatkan dua kanak-kanak lelaki yang dipercayai sebagai pelajar di madrasah tersebut.
Tapi seperti biasa, innocent until proven guilty, maka tertuduh yang bernama Syamsul Zaman Sukri, 32 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.
Mangsa Dikatakan Diraba ‘Ustaz Budak’…
Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, tertuduh dengan maksud seksual meraba kanak-kanak lelaki yang mana dia mempunyai hubungan amanah dengan mangsa. Kejadian dikatakan berlaku di asrama madrasah dan sebuah bilik di rumah tanpa nombor di Kampung Awah, Paloh Rawa, Machang pada jam 11 malam sekitar November 2017 hingga September 2018. Kanak-kanak yang menjadi mangsa pula dikatakan berusia 15 tahun dan 16 tahun ketika kejadian.

Image via:https://www.hmetro.com.my/
Kemudian, bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan, tertuduh dengan maksud seksual meraba kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun yang mana dia mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu. Kedua-dua kejadian itu berlaku pada 29 Oktober 2020 jam 11 malam di sebuah bilik di rumah tanpa nombor di Kampung Awah, Paloh Rawa.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta sama bersama Seksyen 16 akta yang sama.
Sebagai makluman, Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 16 adalah tambahan kepada penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang dua sebatan, memandangkan wujud hubungan amanah antara tertuduh dan mangsa.
Pernah Mempunyai Kes Sebelum Ini
Ustaz Budak yang juga merupakan seorang pendakwah pernah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun termasuk mencium pipi mangsa pada 21 Disember tahun lalu. Nampaknya ini bukan kali pertama dia didakwa atas kesalahan seksual.

Image via:Youtube
Bagaimanapun, terdahulu wakil peguam memohon ditawarkan jaminan memandangkan tertuduh perlu menanggung enam adik beradik serta ibu yang orang kurang upaya (OKU). Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM40,000 dengan tiga penjamin serta perlu melapor diri di balai polis setiap 1 hari bulan dan menetapkan 17 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes. Harap mangsa dapat pengadilan yang sewajarnya.
Baca juga artikel menarik lain:
Maksud Sebenar Darurat Yang Diumumkan Dan Kebenaran NGO Untuk Hulur Bantuan
Diculik Dan Dirogol Bapa Sendiri Selama 24 Tahun Sehingga Melahirkan Lima Orang Anak!
Sumber daripada: Harian Metro