Connect with us
Kool FM

Berita

Diambil Jadi Pembantu Rumah, Akhirnya Bertindak Rogol Dan Bunuh Empat Sekeluarga Ini

Dah ambil bekerja sebagai pembantu rumah dan tukang kebun, akhirnya jadi pembunuh!

Published

on

Seperti tidak boleh percaya apabila meneliti kes ini kerana ianya benar-benar kejam dan tak terfikir dek akal seseorang sanggup melakukan kekejaman seperti itu. Kes yang berlaku di Barat Rusia ini melibatkan pembunuhan empat sekeluarga yang dilakukan oleh lelaki yang diambil bekerja di rumah mereka. Niat asal hanya ingin memberi pekerjaan kepada lelaki itu bertukar tragedi apabila suspek menggila dengan merogol isteri lelaki itu, Elena Malakhova, 41 tahun, sebelum menikam mati wanita berkenaan.

Kekejaman suspek tidak berhenti di situ apabila dia turut mencekik anak mereka, Mikhail yang baru berusia 6 tahun. Kemudian, ibu dan bapa mentua Elena, iaitu Olga Malakhova, 66 tahun, dan Anatoly Korolyov, 63 tahun turut dicekik oleh suspek. 

Tragedi yang menyayat hati itu menyaksikan kempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Bagaimanapun, dua lagi anak Elena, masing-masing lelaki dan perempuan, bernasib baik apabila sempat melarikan diri.

Berlaku Rompakan Sebelum Kejadian Kejam Itu

Ketika kejadian, suami kepada wanita terbabit Sergey, 44 tahun, dikatakan tiada di rumah kerana mengikuti rombongan perniagaan bersama empat rakannya. Menurut laporan, sebelum kejadian kejam tersebut, suspek turut melakukan rompakan di rumah berkenaan bersama dengan rakan jenayahnya. Suspek, Sharofiddin Amirov, 26 tahun, bagaimanapun berjaya ditahan di wilayah Vladimir, ketika melarikan diri dengan menaiki kereta.

Dua lagi suspek turut ditahan bersama dalam kenderaan sama, disyaki bersubahat dengan suspek. Dalam pada itu, media Rusia mendedahkan wajah pembunuh itu sebaik ditahan polis. Menurut pihak berkuasa, suspek sebelum ini diambil bekerja untuk membina rumah milik keluarga mangsa.

Selesai kerja pembinaan, suspek dikatakan diambil bekerja sebagai pembantu rumah dan tukang kebun oleh keluarga tersebut. Namun, semuanya bertukar menjadi episod hitam buat keluarga tersebut apabila orang yang mereka beri kerja itu bertindak melakukan jenayah kejam. Siasatan kini dijalankan Jawatankuasa Siasatan Rusia. Semoga keluarga mangsa dapat keadilan yang sewajarnya. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Hukuman Gantung Tidak Cukup Sadis. Ini 5 Hukuman Mati Paling Kejam Dalam Sejarah

Pernah Mencari Mangsa Di Malaysia, Penjenayah Pedofil Dibunuh Kejam Dalam Penjara!

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement