Connect with us
Kool FM

Berita

“Dengar Dulu…” – KP Noor Hisham Perjelas Isu Pekerja Asing Bergelang Pink

Kesemua pekerja yang lain adalah negatif dan telah diberikan pelepasan.

Published

on

Baru-baru ini tular dua keping gambar yang menunjukkan beberapa pekerja warga asing memakai gelang merah jambu berlegar-legar tanpa rasa bersalah di tapak pembinaan.

Perkara ini menimbulkan kemarahan dan tanda tanya warganet mengapa perkara ini dipandang ringan oleh pihak pemaju dan kerajaan. Tidakkah ada yang memantau pergerakan mereka?

Namun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tampil menjelaskan isu ini untuk meredakan keadaan. Menurutnya, seramai 264 daripada 273 yang telah disaring adalah melalui saringan surveilance tapak bina.

“Mereka diberikan gelang pink kerana bukan warganegara untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak bina. Tetapi mereka masih boleh bergerak di dalam tapak bina kerana hanya saringan surveillance, bukan saringan kontak rapat,” tulisnya dalam posting akaun Facebook miliknya.

Tambahnya lagi, terdapat dua orang pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak polis IPD wangsa maju juga melakukan pemantauan setiap hari.

Bagaimanapun, kesemua pekerja yang lain adalah negatif dan telah diberikan pelepasan (release order) pada 15/11/2020 kecuali 8 orang kontak rapat kepada kes positif tadi masih menjalani tempoh kuarantin.

Itulah cerita sebenar, jangan risau kami dari Kool FM yakin pihak Kementerian Kesihatan akan berikan  pemantauan yang terbaik untuk keselamatan semua orang terutama dalam kes penyebaran wabak COVID-19.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Tak timbul isu kita takut mati,”- Dr Noor Hisham

[VIDEO] Aksi Dr Noor Hisham & BoBoiBoy Melawan Covid-19 Dalam Versi Animasi. Wow Hebatnya!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement