Connect with us
Kool FM

Berita

“Demi Pendidikan KAFA…” – Dr Zulkifli Buat Perubahan Pembelajaran Melalui TV

Cukup bagus inisiatif yang diambil.

Published

on

Hampir setahun sekolah ditutup akibat serangan virus COVID-19. Susulan itu, perlaksanaan norma baharu dalam sistem pendidikan diperbaharui dengan cara pembelajaran dalam talian.

Kini, ramai para ibu sedang sibuk mengawasi anak mereka belajar di rumah menerusi skrin komputer riba.

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan satu lagi inisiatif bentuk pembelajaran dalam norma baru pada lewat petang semalam menerusi ciapan akaun twitter miliknya.

Image may contain: text that says "Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri @drzul_albakri 0০০ Demi pendidikan KAFA anak-anak anak generasi masa depan kita kami mulakan insiatif TV Pendidikan di @TVAlhijrah. Dari Perlis sampai ke Sabah jom tonton TV Alhijrah! Abang, kakak boleh maklum kepada adik-adik di rumah"

Katanya lagi ini kerana keagamaan dan nilai murni dalam generasi muda menjadi keutamaan pihak mereka. Berikutan itu TV Al Hijrah berkerjasama dengan pihak JAKIM dan JAWI memperkenalkan satu slot khas Kelas KAFA TVAH pada setiap hari.

Image

Apabila warganet bertanya adakah siaran tersebut akan ditayang ulang? Beliau menjawab akan terdapat ulangan episod. Malah, ada juga yang meminta untuk ditayangkan di saluran YouTube.

No photo description available.

Cukup bagus inisiatif yang diambil. Sekurang-kurangnya, bukan saja kanak-kanak tapi semua peringkat umur boleh belajar tentang ilmu agama dengan platform ini. Moga usaha ini dapat diteruskan malah diperluaskan lagi kepada subjek lain.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Operasi institusi pendidikan di Kelantan, Sibu tertakluk SOP PKP

Abang Lim Teong Kim Dilantik Sebagai Ketua Unit Pendidikan Kejurulatihan FAM, Razip Ismail Ganti Tempat Ong Kim Swee

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement