Connect with us
Kool FM

Berita

Datuk Dan Nenek Mabuk Cekik Cucu Sebelum Panggang Dalam Ketuhar!

Datuk dan nenek sendiri pun tergamak bunuh cucu!

Published

on

Bila pulang ke kampung, datuk dan nenek kita pasti menyambut kepulangan kita sebagai cucu kesayangan mereka. Jaranglah ada datuk dan nenek yang tak suka dengan cucu mereka. Paling kurang pun kalau dapat cucu yang nakal kena cubit je. Tapi satu tragedi yang menimpa seorang pasangan suami isteri ini amat menyayat hati apabila anak mereka, yang juga merupakan cucu kepada pasangan datuk dan nenek ini, dicekik dan dibakar dalam ketuhar.

Menurut laporan, insiden yang menimpa kanak-kanak berusia 2 tahun itu hanya kerana datuk dan neneknya tidak tahan dengan tangisan kanak-kanak itu. Tambahan lagi, ini semua angkara mereka berdua berada dalam keadaan mabuk semasa melakukan perbuatan kejam itu. 

Diberi Kepercayaan Jaga Cucu Tapi Akhirnya…

Pasangan tersebut yang masing-masing berusia 48 dan 52 tahun diberi kepercayaan menjaga sementara cucu mereka bernama Dima ketika anak dan menantu mereka, Maria, 20, dan Dmitry Shcherbakovy, 25, keluar seketika.

Selepas pasangan suami isteri itu pulang ke rumah terbabit, anak mereka tidak kelihatan dan hanya menemui pakaiannya sahaja. Perasaan cemas dan cuak mula menyelubungi mereka semasa mencari kanak-kanak itu. Namun, alangkah terkejutnya mereka apabila menemui mayat anak mereka diselaputi salji di luar rumah. 

Mereka dengan melaporkan kejadian itu kepada polis dan susulan itu polis menahan pasangan datuk dan nenek terbabit selepas didakwa melakukan pembunuhan itu di Kemerovo, barat daya Siberia, Rusia. Menurut polis, kanak-kanak berusia dua tahun itu dibunuh kejam apabila dicekik sampai mati sebelum dibakar dalam ketuhar.

Disebabkan mabuk, datuk dan nenek tersebut hilang pertimbangan sehingga sanggup membunuh cucu sendiri. Ia pasti menjadi satu mimpi ngeri buat ibu dan bapa kepada kanak-kanak itu kerana kehilangan anaknya ditangan orang tua mereka sendiri.

Baca juga artikel menarik lain:

Ramai Pertikai Tindakan Usahawan Muda Ini Rakam Video Jenazah Rakan Sehingga Pengebumian

Amukan Polis Tembak Mati Seorang Ibu Dan Anak Lelakinya Hanya Kerana Bunyi Bising

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement