Connect with us
Kool FM

Berita

Dah Langgar Lampu Isyarat & Kereta, Tumbuk Bomba Pula

Seorang lelaki cuba menumbuk pihak bomba yang datang membantu.

Published

on

Belum lagi reda kes kereta Perodua Myvi ‘terbang’ sehingga mengakibatkan kemalangan maut di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, tular lagi insiden lain.

Semalam, kecoh apabila sebuah rakaman video yang diterima melalui aplikasi Whatsapp yang menunjukkan kemalangan ngeri dan lebih mengejutkan lagi seorang lelaki dalam video tersebut cuba menumbuk pihak bomba yang datang membantu.

Wasap dr kawan yg kebetulan berada di tempat kejadian…👇Husband saya kata dia dsh langgar kereta kat traffic light suadamai pastu bila ada kereta halang dia langgar juga kereta tu pastu lari sampai ke bawah ni & langgar lampu merah sedang elok myvi keluar dari simpang kubur dia sondol sampai myvi melambung kena tiang letrik..kalau tak jatuh gaung myvi tu..pastu dia nak lari lagi tapi kereta dia terbakar..bila nampak bomba datang dia lari tapi bomba sempat tangkap & polis dah tangkap dia..Chinese mabuk & terlalu luar kawalan sampai nak pukul org2 kat situ termasuk bomba sekali..suami saya sampai kat situ ngam2 masa myvi tu kena langgar & sempat tengok drama pemabuk tu😊

Posted by Errin Adzreen on Thursday, 15 October 2020

Menurut sumber, kejadian berlaku di Bandar Tun Hussein Onn menghala ke Cheras Selatan dan lelaki tersebut disahkan positif dadah setelah disoal siasat.

Bukan itu saja, lelaki berkenaan lebih agresif dengan mengamuk di lokasi menyebabkan beberapa anggota bomba yang berada di tempat kejadian bagi operasi pemadaman kebakaran kereta itu terpaksa memberkasnya.

“Pemandu tersebut melanggar lampu isyarat kemudian melanggar kereta yang ingin keluar simpang. Setelah pelanggaran berlaku, pemandu berbangsa Cina itu ingin melarikan diri tetapi gagal kerana ditahan beberapa pihak bomba dan sebelum itu dia menumbuk salah seorang anggota bomba yang datang menyelamat,”

Menurut kenyataan dari Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.38 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lapan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, sebuah kereta sedang terbakar di bahagian enjin akibat melanggar sebuah Perodua Myvi. Anggota membuat pemadaman dan kereta itu musnah 70 peratus.”

Hm, sudah dikata jangan diambil barangan terlarang. Kelak binasa diri.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Mengamuk! Pemandu Simbah Air Kepada Jurutol

Mengantuk, anggota bomba maut kemalangan

 

 

 

 

Sumber: facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement