Berita
Curi Bedak Muka Bernilai RM60.70, Guru Tadika Dipenjara 10 hari
Tertuduh merayu untuk diringankan hukumannya..
Gelaran seorang guru sangat disantuni oleh anak-anak muridnya kerana kegigihan dan ilmu yang dikongsi sangat berguna. Namun, tidaklah seseorang itu sempurna kerana setiap orang ada kekurangan mereka tersendiri, begitu juga seorang guru tadika ini. Tindakannya mencuri satu bedak padat muka di sebuah kedai produk kesihatan dan kecantikan pada Jumaat lepas telah menyebabkan dia dipenjara 10 hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret.
Menurut laporan Bernama, Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim telah memerintahkan S. K. Yoges, 37, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 27 Nov 2020, selain turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat minggu lagi, sekiranya dia gagal membayar denda.
Dalam laporan juga turut menjelaskan, Yoges telah mengaku bersalah mencuri satu bedak padat muka yang berjenama bernilai RM60.70 di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang pada 27 Nov lalu.
Tambahan, pertuduhan ke atas Yoges dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda dan bagi kesalahan kedua atau yang kemudian hendaklah dipenjara dan boleh dikenakan denda dan sebat.
Sementara itu, Yoges tidak diwakili mana-mana peguam telah merayu kepada pihak mahkamah supaya menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia perlu menanggung keluarga. Namun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatin Mohamad Farid memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.
Oleh itu, sebagai pengajaran janganlah bertindak melulu dan kita haruslah fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu yang mungkin akan menjejaskan diri dan keluarga.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Akibat Bapa Sering Campur Syabu Dalam Susu Sejak Kecil, Kanak-Kanak Ini Ketagih Mencuri
Diminta Untuk Kuarantin Tapi Pergi Mencuri
Sumber: Bernama