Berita
Cuba Rogol Dan Cabul Rakan Serumah Tunangnya, Lelaki Ini Mengaku Tidak Bersalah
Siap ada kunci pendua!
Tergamalk! Seorang lelaki berusia 27 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka atas pertuduhan cuba mencabul dan merogol rakan serumah tunangnya di Ayer Keroh, semalam. Namun, tertuduh Amirul Hanif Ibrahim mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapanya di hadapan Hakim.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Amirul dituduh cuba merogol perempuan berusia 23 tahun dan bagi kesalahan itu dia didakwa di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Bagi pertuduhan kedua pula, Hanif dituduh melakukan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang sama dengan niat hendak mencabul kehormatannya dan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Dan pertuduhan ketiga, Hanif dituduh menceroboh kediaman itu tanpa mendapat kebenaran daripada tuan rumah dan didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.
Kesemua kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di sebuah rumah di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh pada jam 10.53 pagi, 17 November 2020.
Tertuduh yang sudah pun bertunang dikatakan akan melangsungkan pernikahan pada Mac 2021. Ketika kejadian itu berlaku, tunangnya tiada di rumah dan tertuduh telah menceroboh ke kediaman itu menggunakan kunci pendua dan menunggu mangsa pulang.
Baca juga:
Nenek Berusia 100 Tahun Mati Terkejut Ketika Cuba Dirogol! Si Pelaku Dihukum Penjara Seumur Hidup
Bapa Rogol Anak Angkat, Alasannya Mahu Beri Kasih Sayang
Sumber: Utusan Malaysia