Connect with us
Kool FM

Berita

Cuba Bunuh Diri Bersama Anaknya Bagi Membersihkan ‘Dosa’ Jalin Hubungan Dengan Suami Orang

Disebabkan rasa bersalah jalin hubungan dengan suami orang, wanita ini cuba bunuh diri bersama anak-anaknya…

Published

on

Kita semua dah tahu bahawa menjalinkan hubungan dengan orang yang sudah berkahwin adalah satu perbuatan yang salah. Ia bukan sekadar merampas kebahagiaan orang, tetapi mampu memusnahkan sesebuah keluarga. Kalau hubungan tersebut kantoi dan tular, bukan setakat hubungan yang dibina itu musnah, orang sekeliling juga akan pandang serong.

Orang bujang menjalinkan hubungan dengan orang yang dah berkahwin pun kita sudah anggap ia satu perbuatan yang tak boleh diterima. Jadi mungkin orang yang dah berkeluarga menjalinkan hubungan dengan orang yang sudah berkahwin adalah sesuatu yang sangat teruk. Ianya sangat teruk sehingga ada yang pilih untuk cuba membunuh anak-anaknya sendiri.

Itu apa yang berlaku terhadap seorang wanita apabila dia didakwa atas cubaan membunuh tiga anaknya dengan memaksa mereka berjalan dalam keadaan salji tebal dan suhu serendah -15 darjah Celsius tanpa sebarang pakaian. Menurut laporan, wanita yang dikenali dengan nama Natalia Vazina, 33 tahun, dikatakan turut berbogel bersama anaknya, Grigory, 10 tahun, Lazar, 2 tahun, dan Marfa berusia 11 bulan. Mereka melakukan perbuatan itu di sebuah hutan berhampiran Moscow.

Rasa Bersalah Dan Berdosa, Ingin Menghukum Perbuatannya…

Bagaimanapun, mujur mereka sempat diselamatkan seorang lelaki yang sedang berjalan bersama anjingnya pada waktu kejadian. Pihak berkuasa tempatan memaklumkan Vazina membiarkan anak-anaknya dalam kesejukan kerana dia berasa ‘berdosa dan bersalah’ dengan hubungan dia bersama seorang lelaki yang sudah berkahwin.

Vazina merasakan itu merupakan cara terbaik dia menghukum diri sendiri atas perbuatannya yang salah itu. Sementara itu, ketiga-tiga anaknya mengalami radang dingin (frostbite) dan hipotermia, malah berisiko meninggal dunia jika tidak tidak diselamatkan segera.

Ibu kepada tiga orang anak itu juga menerima rawatan di hospital akibat luka di bahagian belakang badan, kaki dan tapak kakinya. Hasil siasatan lanjut, Vaniza merupakan kekasih kepada tukang emas terkemuka di Moscow, iaitu Ilya Klyuev, 43 tahun, yang sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Mungkin cara dia ‘menghukum’ diri sendiri itu adalah salah kerana mengancam nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa, namun wanita tersebut juga telah sedar atas dosa dia menjalin hubungan dengan suami orang.

Baca juga artikel menarik lain:

Upin Ipin Trending Di Indonesia Gara-Gara Berambut Lebat Dalam Episod Terbaharu

“Boleh Dapat RM500 Sekali Pegang” – Artis Ini Dedah Ada Rakan-Rakan Terjebak Jadi ‘Sugar Baby’

 

 

 

 

Sumber daripada: Utusan Malaysia

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement