Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Cikgu Menyerupai ‘Makhluk Asing’ Diminta Berhenti Kerja

Guru yang ‘menakutkan’…

Published

on

Mungkin agak pelik sekiranya seseorang yang mempunyai tatu di seluruh badannya bergelar seorang guru. Apa yang menambahkan lagi kepelikan adalah dia merupakan seorang guru tadika. Namun ini lah yang berlaku di mana seorang guru tadika di Essonne, Perancis berisiko dibuang kerja selepas ramai ibu bapa mengadu penampilannya yang disifatkan tidak bersesuaian sebagai tenaga pengajar di tadika tersebut. 

Lelaki yang bernama Sylvain Helaine atau dikenali sebagai Freaky Hoody (35 tahun) dilihat mengenakan tatu pada sebahagian besar tubuhnya, termasuk muka dan bola matanya. 

Menurut Sylvain, disebabkan penampilannya itu dia mungkin berdepan dengan risiko kehilangan kerjanya. Ini berikutan terdapat aduan daripada ibu bapa yang kurang senang dengan penampilannya sebagai tenaga pengajar di situ. Oleh sebab itu, pihak atasannya meminta untuk dia tidak lagi mengajar di tadika tersebut. 

Walau bagaimanapun, dikatakan sebahagian besar aduan yang diterima datang daripada ibu bapa yang anak mereka tidak belajar di kelasnya. Menurut Sylvain, yang juga merupakan seorang model dan pelawak, penampilannya mungkin menjadi masalah bagi sesetengah orang tetapi ibu bapa yang tidak menyukainya sebagai guru di situ adalah ibu bapa yang anaknya bukan belajar di kelasnya.

Menurutnya lagi, dia mengakui beberapa murid pada awalnya agak takut dengan penampilannya yang luar daripada biasa. Namun, ibu bapa kepada murid yang takut itu memberi dorongan untuk tidak takut kepada penampilan Sylvain walaupun bola matanya yang bertatu itu kelihatan menakutkan pada mula-mulanya. Proses pembelajaran di kelasnya dikatakan berjalan lancar sahaja.

Sylvain turut mengatakan bahawa dia tidak lagi dibenarkan mengajar di tadika itu kerana wakil Kementerian Pelajaran tidak mahu lagi menangani aduan ibu bapa. Namun menurut guru ‘Freaky Hoody’ itu, keadaannya yang bertatu tidak mempengaruhi kemampuannya untuk mengajar. Murid-muridnya juga kini senang belajar dengannya dan ada juga yang semakin hampir menjadikan dia sebagai guru kegemaran. 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement