Connect with us

Berita

Cho Doo-Soon – Penjenayah Pedofil Paling Kejam Bakal Dibebaskan Hujung Tahun Ini!

Kesannya trauma seumur hidup terhadap mangsa…

Published

on

Bagi siapa yang pernah terbaca kes jenayah yang dilakukan oleh Cho Doo-Soon ni mesti akan rasa marah dan jijik dengan perbuatannya. Begitulah kejamnya jenayah yang dilakukan oleh lelaki ini sehingga mengakibatkan mangsa trauma seumur hidup. Bagaimanapun, selepas 12 tahun meringkuk dalam penjara, dia bakal dibebaskan pada hujung tahun ini. Mengikut laporan, dia dijadualkan keluar dari penjara pada 13 Disember ini. Lebih kurang dua minggu lagi.

Kes yang berlaku di Korea Selatan ini tentunya membuatkan masyarakat di sana berasa marah dengan pembebasannya nanti, dan ramai yang menyatakan Cho tidak layak dan tidak patut untuk dibebaskan. Tapi untuk kita rakyat biasa ni, tentu tertanya-tanya kenapa dia dihukum hanya 12 tahun penjara sedangkanย  jenayah yang dilakukannya itu sangat berat. Jadi kali ini kita cuba rungkaikan sebab kenapa dia tidak dipenjarakan seumur hidup, dan juga menceritakan sedikit tentang jenayah kejam yang dilakukannya itu.

Mangsa Merupakan Seorang Kanak-Kanak Berusia 8 Tahun

Peristiwa hitam ini berlaku pada tahun 2008 kepada seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama Na Young. Dia yang berumur lapan tahun ketika itu dikatakan sedang berjalan pulang dari sekolah. Tanpa diduga, tiba-tiba Cho menangkap Na Young masuk ke satu gereja dan membawanya masuk ke dalam bilik air. Niat Cho adalah untuk melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak tersebut, manakala Na Young yang terlalu kecil untuk memahami apa-apa berada dalam ketakutan dan hanya mampu menangis sahaja.

Bila Na Young ni menangis tanpa henti, Cho naik angin dan menumbuk muka serta badan Na Young. Makin kuatlah Na Young menangis sehingga membuatkan Cho bertindak melampau dengan menggigit pipi Na Young sehingga terkoyak menampakkan isi pipi. Tidak berhenti di situ, Cho mencekik kanak-kanak malang itu sehingga pengsan.

Kesudahannya, Na Young dirogol kejam sehingga alat sulitnya dikatakan cedera teruk akibat dirobek. Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, Cho dikatakan membersih dan mengelap kesan-kesan yang ada di tandas tersebut. Kemudian dia pun pulang ke rumah seperti tiada apa yang berlaku di situ. Na Young pula ditinggalkan seorang diri dalam tandas itu. Bagaimanapun, nasib baik Na Young berjaya sedarkan diri dan berjalan keluar untuk meminta tolong. Ada saksi mengatakan melihat Na Young meminta tolong dalam keadaan tanpa seutas benang.

Mempunyai 17 Kes Dibawah Nama Cho Doo-Soon!

Walaupun Cho dah bersihkan tempat kejadian dari dikesan sebarang bukti, pihak polis tetap berjaya menemui cap cari Cho yang membawa kepada penahanannya. Hasil siasatan polis mendapati rupanya Cho ni dah banyak kali kena tangkap dan ada 17 kes jenayah yang dikaitkan dengannya. Disebabkan dia juga dah biasa keluar masuk penjara, jadi dia pandai untuk memanipulasi fakta dan mengaku tidak bersalah.

Menurut cerita Cho, dia hanya nak pergi ke gereja untuk tumpang buang air. Tapi dia kata dia ternampak seorang lelaki kelam kabut keluar dari tandas. Bila dia memasuki tandas tersebut, Cho mendapati kanak-kanak tersebut sudah terbaring dengan kesan darah yang banyak. Disebabkan takut, Cho pun lari keluar dari tandas itu. Jadi itu adalah kisah Cho yang dikatakan cuba untuk memanipulasi fakta.

Akhirnya, disebabkan tidak ada bukti yang kukuh yang boleh menyabitkan Cho atas kesalahan merogol seorang kanak-kanak, dia dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun sahaja. Bukti yang ada cumalah cap jari dia dan keterangan Na Young sahaja. Makanya, bulan Disember ini dia bakal dibebaskan. Jadi kenapa Cho ni tak dikenakan hukuman yang lebih berat terhadap jenayah yang dia lakukan?

Jenayah Dilakukan Dibawah Pengaruh Alkohol…

Disebabkan Undang-Undang Perlembagaan melarang โ€˜double jeopardy,โ€™ maka Cho tidak boleh didakwa sebanyak dua kali atas jenayah yang sama dilakukannya. Badan kehakiman pula tidak boleh membatalkan hukuman ataupun menambah jumlah hukuman ke atas pendakwaan yang telah dijatuh hukum. Sebenarnya ramai yang katakan bahawa hukuman yang dikenakan ke atas Cho adalah terlalu ringan. Walaupun pihak pendakwa raya telah meminta hukuman penjara seumur hidup, pihak pengadilan menerima bahawa Cho berada di bawah pengaruh alkohol ketika dia melakukan jenayah tersebut.

Bagaimanapun, menurut portal Korea Times, kebebasan Cho dikatakan adalah terbatas. Dia akan diletakkan dibawah peraturan kawalan pergerakan dan akan dipakaikan gelang kaki elektronik yang dilengkapi GPS selama tujuh tahun. Selain itu, maklumat peribadinya akan didedahkan selama lima tahun di laman web kerajaan dan akan menerima lawatan secara rawak dari pegawai bertugas ke rumahnya. Kebebasannya selepas ini tidaklah bebas kerana dia akan diawasi oleh pegawai bertugas pada setiap hari, sehinggalah tempoh kawalan pergerakannya itu tamat.

Baca juga artikel menarik lain:

Edmund Kemper – Pembunuh Bersiri Yang Kisahnya Terlalu Kejam Untuk Diterima Akal!

James Bulger – Tragedi Pembunuhan Anak Kecil Yang Dilakukan Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement