Connect with us
Kool FM

Berita

Bunuh Diri Kerana Kerap Lihat Ibu Bapa Bertengkar

Kejadian ini berlaku di Malaysia ye..

Published

on

Anak-anak selalunya akan bersedih apabila mendapat tahu bahawa ibu bapa mereka sedang bertengkar.”

Kejadian ini berlaku pada tahun 2018 apabila terdapat kes seorang remaja bertindak membunuh diri akibat masalah keluarga yang berpunca daripada ibu dan bapanya yang kerap bergaduh. Remaja itu sempat meninggal nota kepada ibunya punca dia ingin membunuh diri. 

Nota itu juga menyebut agar ibunya berbincang dengan ‘bapanya’ untuk bercerai kerana tidak mahu lagi melihat ibunya menangis. Ibu mangsa yang terkejut dengan kejadian itu tidak menyangka anaknya benar-benar bertindak sedemikian. Remaja berkenaan yang sepatutnya menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada pagi hari tersebut dipercayai terjun dari tingkat 11 rumahnya sebelum mayatnya dijumpai pekerja pembersihan.

Siapa seharusnya dipersalahkan? Bergaduh atau bertegang urat sesama pasangan memang lumrah berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Walaupun cuba dielak, namun ia tetap akan berlaku dek ketidakpuasan hati atau satu amarah yang tidak dapat dibendung.

Nak bergaduh tidak salah, itu hak anda tetapi dinasihatkan supaya bijak mengawal emosi. Jangan sampai perselisihan faham anda itu dapat dikesan oleh anak-anak. Jiwa anak-anak sangat nipis dan perlu dijaga sebaik mungkin supaya tidak menjejaskan perkembangan mereka. Anak-anak pasti dapat meneka dan tertanya-tanya di dalam hati apabila melihat anda dan pasangan asyik bermasam muka sesama sendiri.

Anak-anak selalunya akan bersedih apabila mendapat tahu bahawa ibu bapa mereka sedang bertengkar. Mereka akan cuba memerhati dan memilih siapa yang benar dan siapa yang bersalah. Kesannya mereka akan berdendam dengan ibu atau bapa yang dirasakan bersalah.

Gambar hiasan

 

  • Tidak mustahil anak anda akan menyimpan emosi yang negatif terhadap anda. Ini boleh menyebabkan anak berasa kurang dihargai kerana ibu bapanya sanggup bertengkar di hadapannya.
  • Sebagai ibu bapa, cubalah tonjolkan suasana harmoni dalam rumah tangga di hadapan anak-anak walaupun sebenarnya antara anda dan pasangan sedang bertarung dengan emosi amarah. Fikirkan kestabilan emosi anak-anak anda terlebih dahulu.
  • Elakkan penggunaan perkataan yang tidak sepatutnya. Ini kerana bertengkar selalunya membabitkan percampuran emosi kala berkata-kata. Kelakuan anda yang ‘terover’ itu akan menyebabkan anak-anak terikut dan meniru perbuatan tersebut terhadap rakan sebaya atau sebagainya.
  • Jangan sesekali bertelingkah di hadapan anak-anak. Apabila anak-anak melihat ibu bapa mereka bertengkar, pasti akan wujud emosi negatif di dalam fikiran mereka. Ia akan memberi kesan buruk kepada anak-anak.

Sememangnya sukar untuk kita menyembunyikan perasaan kala sedang berselisih faham. Lebih-lebih lagi jika perselisihan faham disebabkan oleh isu besar seperti isu curang, kewangan berpuluh ribu ataupun campur tangan orang ketiga. Sebesar mana pun kesalahan atau punca pergaduhan antara anda suami isteri, jadilah lebih matang. Berkomunikasi dan berbincang dengan waras agar anda lebih fokus kepada mencari jalan penyelesaian, bukannya mencari salah siapa.

Justeru, jika berlaku perselisihan faham antara anda dengan pasangan, bincangkan mengenainya. Jangan bertengkar dan meninggikan suara seperti orang hilang akal! Ia tidak akan menuju ke jalan penyelesaian.

 

Baca juga:

Nikah Setiap Tempat Yang Dilawati, Lelaki Ini Ada 120 Isteri, 28 Anak!

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Tertembak Diri Sendiri Semasa Sambutan Hari Jadi

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement