Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Bunuh Diri Akibat Tekanan Bekerja Dari Rumah

Tidak semua bernasib baik semasa pandemik COVID-19…

Published

on

Pandemik wabak COVID-19 amat memberi kesan mendalam kepada mereka yang terkesan dalam menjalani kehidupan seharian. Rata-rata warga kerja di seluruh dunia terpaksa melakukan tugasan pejabat di rumah, yang mana ia dilihat sebagai satu cabaran. Hal ini juga sebenarnya memberi kesan kepada sesetengah orang, dan terbaharu ada berita seorang  jurutera di India yang menggantung diri di kediamannya akibat tertekan selepas diarahkan bekerja dari rumah.

Kejadian yang berlaku di Surat, Gurajat di India itu melibatkan seorang lelaki bernama Jigar Gandhi, 32 tahun. Dilaporkan dia melakukan tindakan itu akibat tidak dapat mengatasi tekanan yang dihadapi berikutan rutin kerja dari rumah. Selepas negara India menguatkuasakan perintah berkurung, dia terpaksa bekerja dari rumah selama beberapa bulan.

Hasil siasatan pihak polis mendapati ahli keluarganya mengatakan Gandhi mengalami tekanan kerja sepanjang pandemik itu berlaku. Melalui laporan bedah siasat, mangsa didapati mati dengan cara menggantungkan dirinya. Harap-harap kita semua kekal tabah dan tidak mengambil tindakan melulu walaupun berada dalam tekanan. 

Jumlah Mereka Yang Tertekan Meningkat Di India

Melalui laporan Institut Kesihatan Mental dan Neurologi Nasional India (NIMHANS) baru-baru ini, terdapat peningkatan sehingga 70 peratus jumlah pesakit yang menderita kemurungan dan gangguan obsesif-kompulsif akibat pandemik COVID-19 di negara itu.

Tambahan lagi, India kini berada di kedudukan kedua kes COVID-19 paling tinggi di Dunia iaitu 7.7 juta. Negara itu juga turut merekodkan 116,000 jumlah kematian dengan kadar kebolehjangkitan sebanyak 715,755 kes.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Saringan COVID-19 Punya Pasal Sampai Bocor Bendalir Otak!

Nafsu Gila! Seorang Lelaki Rogol Mayat Positif COVID-19

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement