Connect with us
Kool FM

Berita

Bunuh, Ambil Wang Dan Tinggal Bersama Mayat Selama Enam Minggu!

Tak seram ke duduk dengan mayat lama-lama tu…

Published

on

Bila ada kematian, kita sebolehnya nak selesaikan pengebumian si mati secepat mungkin. Rasanya memang tak sampai hati nak tinggalkan mayat si mati tu terbiar lama, apatah lagi si mati merupakan orang yang kita kenal. Tapi tragedi yang agak ngeri berlaku di Kota London apabila seorang lelaki tergamak membiarkan mayat rakan serumahnya terbiar selama enam minggu selepas dia membunuhnya.

Menurut laporan, lelaki yang bernama Matthew Chibnall (55 tahun) telah menikam rakan serumahnya, Anil Vegad (57 tahun) hingga mati sebelum menggunakan kad bank milik rakannya untuk membeli minuman keras ketika mayatnya masih berada di pangsapuri mereka. Chibnall dilaporkan tinggal bersama rakannya yang telah mati itu selama enam minggu. 

Punca Vegad dibunuh tidak dapat dipastikan dan bukannya kerana wang. Bagaimanapun, Chibnall akhirnya menyerahkan diri kepada pihak polis pada 1 Jun lalu selepas menghabiskan semua wang dalam akaun rakannya itu. Hasil siasatan ke rumah mereka, polis menemui mayat Vegad terbaring di atas kerusi di ruang tamu dengan kesan luka tikaman di bahagian belakang badannya. Selain itu, polis turut menemui beberapa kesan calar pisau di perabot tersebut.

Dalam pada itu, Chibnall menafikan tuduhan membunuh rakan serumahnya secara sengaja. Chibnall menyatakan bahawa dia hanya mengacukan pisau ke arah kerusi Vegad sedang duduk untuk mendapat perhatiannya disebabkan tingkah laku mangsa yang kurang stabil. Namun, Mahkamah Coventry Crown menyabitkan lelaki itu dengan pertuduhan membunuh disebabkan terdapat bukti dia berniat untuk membunuh atau mencederakan mangsa dengan serius

Chibnall akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan hanya boleh dipertimbangkan untuk parol selepas menjalani hukumannya selama 18 tahun. Walaupun tragedi ini sudah berlaku lama, iaitu pada tahun lepas, namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya segala penafian dapat disangkal oleh pihak mahkamah.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Terima ‘Hukuman’ Makan Najis Kerana Mencabul Gadis Bawah Umur

Hukuman Gantung Tidak Cukup Sadis. Ini 5 Hukuman Mati Paling Kejam Dalam Sejarah

 

 

 

 

Sumber daripada: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement