Berita
Boleh Keluar Sehingga RM6000 Akaun 1 KWSP Untuk Yang Terjejas
Tak semua dapat tau!
Berita yang dinanti oleh rakyat Malaysia, telah pun diumumkan. Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas dengan Covid-19 dibenar mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan atau jumlah keseluruhan sehingga RM6000.
Mungkin ramai berharap agar dapat mengeluarkan RM10 ribu daripada simpanan KWSP, namun setelah meneliti inilah yang telah dipersetujui oleh pihak kerajaan.
Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas,” kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, dengan inisiatif itu dan Pengeluaran i-Lestari (akaun 2) yang diperkenalkan pada April lalu sebanyak RM500 sebulan sehingga 12 bulan, maka jumlah keseluruhan pengeluaran tunai dibenarkan adalah sehingga RM12,000. Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,” katanya.
Dalam pada itu, kerajaan juga mengurangkan kadar caruman minimum KWSP pekerja daripada 11 kepada 9 peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan, bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay.
Katanya, ia akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion ringgit.
Baca juga:
Pengeluaran RM10,000 KWSP Perlu Dibenarkan, Untuk B40 & M40
Pengeluaran Akaun 1 KWSP bukan penyelamat tunggal
Sumber: Teks Ucapan , Hmetro