Connect with us
Kool FM

Berita

Biar Betul? Malaysia Negara Ketiga Paling Ramai ‘Sugar Daddy’

Selepas Malaysia, Jepun berada di tempat keempat dengan 32,500 ‘sugar daddy’.

Published

on

Wow, kedudukan ketiga tu boleh dikatakan ranking yang agak tinggi ya. Namun, pastinya perkara ini bukan sesuatu yang boleh kita banggakan.

Isu ‘sugar daddy’ sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat dan ia masih berlaku sehingga ke hari ini. Malah, ada juga ‘sugar mummy’ yang dikatakan bertindak ‘membela’ lelaki-lelaki muda sebagai ‘anak ikan’ mereka.

Ini adalah tinjauan daripada laman sesawang temu janji terbesar di dunia, SeekingArrangement yang menunjukkan Malaysia dengan 42,500 ‘sugar daddy’ berada di kedudukan ketiga dalam kalangan negara Asia di belakang Indonesia dengan 60,250 orang.

India mengungguli senarai 10 teratas di Asia dengan 338,000 atau 61 peratus daripada jumlah keseluruhan 556,000 ‘sugar daddy’ di rantau ini, menurut tinjauan oleh laman sesawang temu janji terbesar di dunia, SeekingArrangement.

Firma temu janji itu, dalam satu kenyataan, berkata negara dengan kadar pendidikan tinggi terbukti lebih rentan terhadap aliran ini berikutan pelajar dibebani hutang. Dikatakan Malaysia mencatat hutang tertunggak pinjaman pelajar sebanyak RM39 bilion pada 2018.

Menurut laporan itu, keputusan yang sama dicatatkan di Korea Selatan dan Jepun, di mana masing-masing mencatat 90 peratus dan 76 peratus dari segi keutamaan terhadap pendidikan tinggi.

Mahu hidup mewah dengan cara mudah

Ketua Pegawai Eksekutif SeekingArrangement, Brandon Wade, berkata jurang antara kaya dan miskin di Asia yang semakin melebar dalam dua dekad terakhir mendorong lebih banyak wanita mencari lelaki yang lebih tua atas pelbagai alasan.

Gambar Hiasan

“Pentas seperti SeekingArrangement membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki yang lebih kaya atau mewah. Mereka bukan sekadar menyelesaikan masalah kewangan wanita terbabit, malah menjadi mentor atau batu loncatan bagi masa depan lebih baik untuk ‘sugar babies’ berkenaan,” katanya.

Wade juga menyatakan bahawa ekonomi Asia yang berkembang pesat turut menarik banyak pelabur asing untuk melebarkan perniagaan mereka di rantau ini. Justeru, tidak menghairankan Asia menjadi kancah temu janji bagi ‘sugar daddy’ dan ‘sugar baby’ terutama dalam kalangan penduduk bandar.

Selepas Malaysia, Jepun berada di tempat keempat dengan 32,500 ‘sugar daddy’ diikuti Hong Kong di tempat kelima (28,600), Taiwan (27,300), Vietnam (12,000), Korea Selatan (7,000), Sri Lanka (5,000) dan Kemboja (3,500).

Orang kata biar bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Jangan ambil jalan pintas sehingga maruah diri tergadai ya!

 

 

Baca juga:

“Sumpah Tidak Terlibat!”-Tiz Zaqyah Nafi Bila Nama Dikaitkan Pelacuran Kelas Atasan

Kenapa”Geisha ‘Selalu Dikaitkan Dengan Pelacuran?

 

 

 

 

 

Sumber: Bharian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement