Connect with us
Webinar Kool

Berita

Bertuah! Jumpa batu Bernilai 2.9 Juta

Bertuah betul empunya badan…

Published

on

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah yang terjadi pada seorang pengutip sampah di Thailand apabila menemui sebongkah batu yang dikatakan dari bahan buangan ikan paus yang dipanggil ambergris.

Dalam laporan Bastille Post, lelaki dikenali sebagai Surachit menemui batu berwarna kelabu yang bernilai  RM2.9 juta itu di pinggir pantai ketika mengutip sampah.

Dia kemudiannya membawa pulang batu itu ke rumahnya sebelum mendapati mengeluarkan bau aneh seperti lilin.

Surachit dan rakannya kemudian memeriksa batu itu dan membakarnya sehingga ia mengeluarkan bau yang harum.

Kini, mereka sedang menunggu pakar kerajaan yang relevan untuk menilai batu berkenaan.

Jika betul batu tersebut adalah batu yang mahal, memang bertuah betul empunya badan. Sekelip mata bahan semulajadi dapat mengubah hidupnya.

Baca juga:

Iklan Cari Jodoh Beserta Syarat  Pelik Ini Antara Tempat Yang Sesuai Cari Jodoh

Wanita Bunuh Teman Lelaki Untuk Berkahwin Dengan Bapa Kandung!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: harianmetro
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement