Connect with us
Kool FM

Berita

Berang Mungkir Janji, Tukang Gunting Rambut Naik Gila Tembak Pelanggannya

Bahaya tukang gunting rambut macam ni…

Published

on

Disebabkan tidak memenuhi temu janji yang telah dibuat, seorang tukang gunting rambut berang dan melepaskan amarahnya dengan menembak dua pelanggannya yang sebelum itu sudah membuat temu janji. Ini merupakan kes amukan yang serius.

Tukang gunting rambut yang bernama John Digiovanni, 35 tahun, sudah pun di tahan pihak polis pada 30 September selepas salah seorang daripada mangsa membuat laporan polis. 

Menurut laporan, suspek melepaskan tembakan ke arah dua pelanggannya di tempat parkir di sebuah gereja di United Methodist. Mangsa menyatakan kepada pihak polis bahawa sebelum kejadian mereka ada membuat temu janji untuk memotong rambut di kedai suspek beberapa hari sebelum itu.

Semuanya Bermula Kerana Gagal Tepati Janji…

Selepas menunggu hingga jam 2 petang, pelanggannya yang telah membuat temu janji itu tidak memunculkan diri dan itu yang membuatkan dia naik angin. Suspek kemudian menghubungi salah seorang daripada mangsa dan memaki hamun pelanggannya itu kerana tidak menepati janji.

Semasa dihubungi, kedua-dua pelanggannya itu mengajaknya berjumpa di sebuah gereja bagi menjelaskan keadaan sebenar. Ini juga bertujuan bagi meredakan kemarahan tukang gunting rambut itu. Walau bagaimanapun, tiba sahaja di lokasi, suspek terus menjerit-jerit tanpa memberi kesempatan kepada kedua pelanggannya itu membuat penjelasan. 

Suspek kemudian keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah mangsa sebelum melepaskan tembakan. Selepas melepaskan beberapa das tembakan, suspek masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi dari gereja tersebut. Mujur tiada kecederaan dialami oleh kedua-dua mangsa. John Digiovanni kini ditahan sementara di penjara Palm Beach untuk siasatan lanjut.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement