Berita
Beli Air Liur Pesakit COVID-19 RM280 Untuk Bunuh Majikan!
Seorang kakitangan memberitahu Cimen membeli air liur Covid-19 dengan harga RM280.
Siapa sangka ada yang sanggup membeli air liur pesakit COVID-19 demi menganiaya orang lain!
Ini benar-benar berlaku apabila seorang seorang jurujual kereta di Turki menganiaya majikannya dengan memasukkan air liur pesakit Covid-19 ke dalam minuman mangsa. Perkara itu dilakukannya demi menutup kecurian dilakukannya.
Bagaimanapun, mangsa bernasib baik tidak minum minuman berkenaan.
Portal The Sun melaporkan Ramazan Cimen yang bekerja dengan Ibrahim Unverdi selama tiga tahun di Andana, tenggara Turki didakwa cuba membunuh dan mengugut mangsa dan isterinya.
Persengketaan kedua-duanya bermula apabila Unverdi menyerahkan wang hasil jualan kenderaan £21,410 Pound Sterling (RM119,858) kepada suspek untuk dibawa ke pejabat sebelum suspek menghilangkan diri.
Ketika Unverdi menghubunginya Cimen menerusi telefon, pekerjanya dilaporkan memberitahu wang itu sudah diserahkan kepada ceti haram iaitu tempat dia berhutang. Unverdi mendakwa, seorang kakitangan memberitahu Cimen membeli air liur Covid-19 dengan harga 50 Pound Sterling (RM280).
Dia menuduh suspek mahu membunuhnya dengan meletakkan air liur itu dalam minumannya namun bernasib baik tidak meminumnya.
“Ini kali pertama saya dengar teknik pembunuhan yang pelik,” katanya dalam portal The Sun.
Wow, kot ye pun nak marah, janganlah sampai bunuh membunuh ye!
Baca juga:
Gelaran Datuk Farid Kamil & Boy Iman Ditarik Balik 1 Februari Lalu
Sumber: Hmetro