Connect with us
Kool FM

Berita

Bekas Pemain Bola Tampar Wanita Disahkan Lelaki Selepas 28 Tahun!

Rupanya, Aprilia mengalami hipospadia atau kelainan organ reproduksi.

Published

on

“Ini saat yang saya tunggu dan sudah 28 tahun menanti detik itu tiba.”

Itulah jawapan balas bekas pemain bola tampar wanita skuad kebangsaan Indonesia, Aprilia Manganang akhirnya disahkan lelaki.Hurm, macam mana pula dari wanita jadi lelaki kan?

Ia hasil pemeriksaan perubatan dijalankan pada 3 Februari lalu.  Aprilia mengakui bersyukur kerana dibantu menjalani proses perubahan alat kelamin.

“Ini saat yang saya tunggu dan sudah 28 tahun menanti detik itu tiba. Saya bersyukur kerana tahun ini impian itu tercapai dan berterima kasih kepada semua doktor yang sudah membantu saya,” katanya.

Masalah Hipospadia

Rupanya, Aprilia mengalami hipospadia atau kelainan organ reproduksi. Berikutan peralatan perubatan yang terhad ketika itu, Aprilia dikenal pasti memiliki alat kelamin perempuan dengan bersandarkan kepada ciri fizikal. Aprilia juga tidak menjalani pemeriksaan lanjut kerana masalah kewangan keluarga hingga akhirnya tercatat jantina perempuan pada sijil kelahirannya serta kad pengenalannya.

Selepas bersara daripada sukan bola tampar, Aprilia menyertai TNI. Namun, Andika dan kakitangan TNI mendapati ada yang tidak kena pada fizikal Aprilia sebelum memintanya menjalani pemeriksaan.

Ia seterusnya membolehkan individu itu menjalani pembedahan pembetulan jantina. TNI turut membantu menyediakan dokumen bagi perubahan identiti termasuk nama dan jenis kelamin serta berharap Pengadilan Negeri Tondano meluluskan permohonan itu.

Sepanjang bergelar atlet, Aprilia pernah menyumbang banyak pingat emas buat kelab dan pasukan kebangsaan.

Jarang individu mengalami masalah ini, apa pun moga Aprilia terus sukses dalam kerjaya!

 

 

Baca juga:

Puisi Dengan #IbuTidakRestu, Tanda Perkahwinan Hannah Delisha Tidak Direstui?

Isu Dikaitkan Dengan Syarikat Perjudian, Wak Doyok Nafi Sekerasnya

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement