Connect with us
Kool FM

Semasa

Bayi Ini Ditinggalkan Kerana Dilahirkan Tanpa Bebola Mata

Nasib si kecil ini seperti jatuh ditimpa tangga.

Published

on

Anophthalmia Sindrom sejenis penyakit yang dilahirkan tanpa bebola mata. Menurut para saintis, kelahiran ini jarang sangat berlaku dan hasil kajian mendapati sindrom ini hanya satu daripada tiga bayi yang akan dilahirkan di dunia tanpa biji mata.

Salah seorangnya adalah bayi lelaki di Rusia yang diberi nama Sasha. Malangnya, nasib si kecil ini seperti jatuh ditimpa tangga apabila disebabkan kecacatan yang dialami, ibu kandungnya sendiri tegar meninggalkan anak istimewa ini di rumah anak yatim.

Seorang jururawat yang menjaga Sasha sejak berusia enam bulan berkata, anak istimewa ini tak ada beza dengan kanak-kanak yang lain kerana dia bermain dan tersenyum seperti bayi yang sihat.

“Sasha suka berenang dan waktu dia bermain keadaan dia sentiasa ceria walaupun dia tak dapat melihat seperti kita,” tambahnya.

Menurut portal Mirror UK, para doktor telah berjaya membuang dua ketulan di dahi Sasha serta memasang bola mata kecil ke dalam soket matanya untuk memastikan wajah bayi kecil itu tidak cacat ketika dia membesar.

Dalam masa sama juga, Sasha akan dipantau untuk membuat perbedahan setiap enam bulan untuk melihat ukuran bola mata semasa tumbesarannya.

Bagaimanapun, kini Sasha sudah menemui keluarga angkat dari sebuah bandar lain di Rusia. 


Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Prosedur Kelahiran Gagal Sampai Terputus Kepala Bayi!

Tular Video Ibu Campak Dua Anaknya Ke Sungai Hanya Kerana Dendam Terhadap Suami

 

 

 

 

Sumber: mirroruk

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement