Connect with us
Kool FM

Berita

8.45 Juta Rakyat Terima Bayaran Fasa Pertama BPR Hari Ini

Apa pun, harap duit bantuan yang diperoleh dari kerajaan ini digunakan sebaik yang mungkin. 

Published

on

Sebanyak 8.45 juta penerima Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan mendapat bayaran secara berperingkat mulai hari ini dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, untuk kategori isi rumah yang meliputi 4.4 juta penerima, bayaran sebanyak RM300 akan diberikan.

“Untuk individu bujang, bayaran RM150 akan diberikan (4.05 juta penerima) dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.93 bilion,” katanya dalam satu kenyataan.

Implementation of stimulus on track, says Tengku Zafrul

Tambah beliau lagi, pembayaran Fasa 1 itu telah dipercepatkan dari bulan Mei kepada penghujung Februari bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

Bagaimanapun, untuk penerima BPR yang berada di kawasan Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula akan dibuat di lokasi-lokasi yang akan diumumkan bersekali dengan pembayaran BPN 2.0.

Apa pun, harap duit bantuan yang diperoleh dari kerajaan ini digunakan sebaik yang mungkin.

 

 

 

Untuk bacaan artikel lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Cara Semakan Status BPR 2021, Tarikh Bayaran Akhir Februari

Bayaran BPN 2.0 Telah Dikreditkan Ke Akaun Bank Mulai Hari Ini

Sumber: harianmetro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement