Connect with us
Kool FM

Berita

Bapa Rogol Anak Angkat, Alasannya Mahu Beri Kasih Sayang

Mangsa dirogol lebih 10 kali.

Published

on

Seorang lelaki di Aceh berusia 53 tahun ditahan polis kerana tergamak merogol anak angkatnya yang masih berusia 10 tahun beberapa kali.

Ketika ditahan, suspek menafikan tuduhan itu dan sebaliknya berkata apa yang dia lakukan terhadap mangsa sekadar salah satu cara dia memberi kasih sayang.

Jurucakap Polis Simelue, M. Rizal berkata, suspek telah mencabul dan merogol anak angkatnya itu sebanyak sepuluh kali dengan menggunakan cara pujukan.

Tersangka pemerkosa anak angkat di Simeulue terancam pidana 13 tahun

Di atas pertuduhan itu, suspek kini berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak yang memperuntukkan hukuman penjara selama 13 tahun.

Turut dirampas beberapa bahan bukti seperti pakaian tidur, tiga pasang seluar dalam milik suspek dan mangsa.

Difahamkan, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian yang menimpanya itu kepada guru di sekolah yang kemudian membuat laporan polis.

Mangsa mendakwa dia dirogol oleh suspek di dalam biliknya. Polis masih menjalankan siasatan dan suspek direman untuk siasatan lanjut.

 

Baca Juga:

Lelaki Rogol 15 Ekor Ayam, Mengaku Masih Tidak Puas

Budak 7 Tahun Diculik, Dirogol Dan Dibunuh Untuk Upacara Ilmu Hitam

 

 

Sumber: Antara News

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement