Berita
Bapa Durjana Rogol Anak Tiri Sebanyak 105 Kali Dijatuhkan Hukuman Penjara 1,050 Tahun!
Tergamak rogol anak tiri sendiri!
Memang tidak layak digelar seorang bapa apabila lelaki ini tergamak merogol anak tirinya sendiri sebanyak 105 kali sejak tiga tahun lalu. Seorang penganggur didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Klang atas pertuduhan merogol anak tirinya sendiri. Tidak keterlaluan jika kita gelarkan lelaki tersebut sebagai bapa durjana.
Hari ini #dalamkamar (kes bicara) di Mahkamah Klang, amat menggemparkan apabila seorang bapa mengaku bersalah merogol anak tirinya sebanyak 105 kali dari 2018 hingga 2020.
Dek perbuatan terkutuk & durjana itu, tertuduh dihukum penjara 1,050 tahun & 24 sebatan.
— MohdFaizalHassan 🇲🇾 (@f4izalhassan) January 27, 2021
Tertuduh berusia 33 tahun itu kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama 1,050 tahun! Semasa prosiding lebih empat jam bermula pukul 3 petang itu, tertuduh dikatakan mengaku bersalah ke atas 105 pertuduhan terhadapnya. Selain itu, tertuduh juga dikenakan dua sebatan bagi setiap pertuduhan yang dibacakan. Kalau ikutkan dia patut dikenakan sebanyak 210 sebatan ke atas 105 pertuduhan. Bagaimanpun, merujuk kepada Seksyen 288 (5) Kanun Acara Jenayah, dia hanya dikenakan sebanyak 24 sebatan sahaja.
Rogol Anak Tiri Sejak 2018…
Lelaki itu dikatakan telah berkahwin dengan ibu mangsa sejak November 2016 dan tinggal bersama dua anaknya termasuk mangsa di sebuah flat di Sungai Way, Petaling Jaya. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol anak tirinya berusia 14 tahun sejak 2018 hingga tahun lalu di rumah tersebut.

Image via:https://www.kosmo.com.my/
Semasa kejadian, hanya mangsa dan lelaki itu sahaja yang berada di rumah. Dalam pada itu, mangsa menyatakan tidak pernah menceritakan kejadian itu kepada sesiapa kerana diugut dan dipukul oleh tertuduh. Mangsa bagaimanapun akhirnya menceritakan kejadian malang itu kepada ibu kandungnya yang kemudian telah membawa mangsa serta adik perempuannya ke rumah ibu saudara mereka.
Apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut sememangnya merupakan satu jenayah yang serius dan keji. Dia bukan sahaja menzalimi remaja perempuan yang tidak bersalah, malah memalapkan masa depan mangsa. Semoga mangsa terus kuat mengharungi hari-hari akan datang dan hukuman penjara yang dijatuhkan kepada lelaki itu memadai untuk menginsafkan dia.
Baca juga artikel menarik lain:
Kerana Percaya Amalan Ilmu Hitam, Seorang Ibu Sanggup Membunuh Kedua-Dua Anak Gadisnya
Cuai Tidak Kunci Lokap Sehingga Remaja Perempuan Dakwa Dirogol
Sumber daripada: Utusan Malaysia