Berita
Babi Hutan Masuk Shopping Mall Alamanda!
Terkejut tau!
Published
2 months agoon
By
Afiqa SarifKecoh di media sosial apabila sebuah video yang menunjukkan seekor babi hutan tiba-tiba masuk ke dalam bangunan Kompleks beli-belah Alamanda Putrajaya pada tengah hari semalam.
Menurut sumber, haiwan liar itu dipercayai tersesat dan memasuki kompleks beli belah tersebut. Pengunjung yang berada di sekitar kedai menjual peralatan sukan sempat merakam kejadian berkenaan.
“Babi tu kini telah menuju ke arah padang ragbi Presint 16 dan kes itu diserahkan kepada Bahagian Hidupan Liar Perbadanan Putrajaya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pihak media.
Setiap hari Ahad, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengadakan operasi menembak babi hutan bagi memantau kehadiran haiwan liar itu di pusat pentadbiran kerajaan selain memastikan keselamatan penduduk.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Penyerang UAE Disahkan Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
“Tidur Peluk Baju Papa” – Anak Mangsa Kemalangan Myvi Putih Tak Henti Menangis Cari Bapa
Sumber: penangpress