Connect with us
Kool FM

Berita

Anak 3 Tahun Jadi Mangsa Dicekik Dan Dipijak Ibu Sebab Bapa Tak jawab Call

Tindakan mengejutkan wanita itu telah ia mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya memberi komen kecaman di atas perbuatan wanita itu.

Published

on

Kes masalah rumah tangga amat menakutkan lebih lagi apabila ia melibatkan anak-anak kecil. Baru-baru ini seorang wanita bertindak mendera anaknya perempuannya hanya kerana tidak berpuas hati dengan suaminya yang tidak menjawab panggilan telefon. Kejadian yang berlaku di Thailand itu tular di media sosial namun tidak diketahui dalang penyebaran video tersebut. Tindakan mengejutkan wanita itu telah ia mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya memberi komen kecaman di atas perbuatan wanita itu.

Menurut laporan, suami kepada wanita tersebut keluar bekerja di Bangkok dan tidak menjawab panggilan telefonnya. Disebabkan terlalu mengikut perasaan, wanita itu mengambil keputusan untuk ugut suaminya dengan melakukan penderaan terhadap anak mereka dengan harapa si suami berasa serba salah.

Dalam video perkongsian itu, Wanita tersebut telah menghubungi suaminya melalu panggilan video dan mula mendera mangsa dengan mencekik serta memijak leher anak perempuannya yang berusia tiga tahun itu menggunakan kakinya. Dalam rakaman jelas didengari mangsa menjerit dan menangis kesakitan sebelum pengsan ketika dizalimi ibunya.

Mengikut laporan, wanita itu juga sempat menyuruh anak perempuannya melutut untuk menimbulkan kemarahan suaminya. Ahli keluarga pasangan itu yang ternampak Video tersebut kemudiannya telah viral di Facebook dan telah ditemui oleh ahli keluarga pasangan serta terus bertindak menghubungi polis untuk meminta bantuan. Mangsa telah diselamatkan dan diserahkan kepada ahli keluarga sebelah bapanya untuk perlindungan sementara.

Wanita itu bagaimanapun apabila menyesal dengan perbuatannya terus pergi ke rumah keluarga suaminya untuk memohon maaf. Namun, keluarga mentua merasakan dia tidak layak untuk dimaafkan dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita itu.

Terkini, polis menjalankan siasatan dan wanita itu akan didakwa atas pertuduhan melakukan serangan, yang mana melanggar Akta Perlindungan Kanak-Kanak. Difahamkan, pasangan itu juga mempunyai seorang lagi anak berusia setahun yang tinggal bersama dengan ibu bapa kepada wanita itu.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pasangan Suami Isteri Pura-Pura Bahagia Di Kaca TV, Lebih 800 Video Dera Anak Angkat Ditemui!

Elak Kes Penderaan Anak Ketika Bekerja, Ibu Bapa Wajib Lakukan Ini

 

Sumber: BuzzKini

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement