Connect with us
Kool FM

Berita

Akibat Terpengaruh Video YouTube, Remaja Perempuan Bertindak Bunuh Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun!

Remaja perempuan terpengaruh video YouTube bertindak gantung kana-kanak berusia empat tahun hingga mati…

Published

on

Apa yang kita tonton di YouTube boleh jadi ianya perkara yang bermanfaat, dan ada juga perkara yang boleh mendatangkan mudarat sekiranya kita tiru aksi-aksi dalam video tersebut. Sebab itu sebolehnya jika kita ada anak kecil di rumah, kita hadkan kandungan dalam YouTube kerana mereka senang terpengaruh dengan apa sahaja yang ditonton di situ.

Mungkin itulah yang berlaku kepada seorang remaja perempuan di Mesir yang dilaporkan menggantung seorang kanak-kanak berusia empat tahun hingga mati hanya kerana terpengaruh dengan video di YouTube. Perkara tersebut diakuinya sendiri. Menurut laporan, remaja berusia 13 tahun itu mengaku menggantung kanak-kanak perempuan itu selepas mendapat ilham daripada YouTube.

Siapa sangka hanya dengan menonton klip video di YouTube, seorang remaja mampu melakukan perkara sedemikian. Semasa membuat pengakuan kepada pihak polis, remaja tersebut mengatakan dia melihat ada seorang kanak-kanak berjalan sendirian di jalan. Kanak-kanak itu kemudian meminta dia untuk menghantarnya semula kepada ibunya. 

Bagaimanapun, remaja tersebut membawa kanak-kanak malang itu ke sebuah bangunan yang memiliki alat corong udara diperbuat daripada besi di Useem, Giza dekat Kaherah. Di situ, dia memasang kabel ke sangkar besi dan menggunakannya untuk menggantung budak berusia empat tahun itu, sehingga mangsa mati. Memang kejam!

Dalam corong udara, remaja tersebut menutup mulut anak kecil yang menangis dan menjadikan kabel sebagai tali penggantung dan menggantung anak tak berdosa di situ. Katanya, dia hanya melakukan apa yang dia lihat di YouTube sahaja.

Selepas melihat mangsanya itu tidak bernyawa, remaja itu kemudian melarikan diri ke rumah ibu saudaranya, memandangkan ibu bapanya sudah bercerai dan dia tinggal bersama ibu saudaranya. Tidak lama kemudian, pihak polis dimaklumkan tentang penemuan mayat seorang kanak-kanak yang dipercayai dibunuh. Remaja tersebut akhirnya ditangkap dan dia membuat pengakuan atas jenayah yang dilakukannya itu.

Apa yang mengejutkan, remaja tersebut dikatakan menonton video tersebut berulang kali untuk dijadikan rujukan semasa dia melakukan pembunuhan terbabit. Mungkin kes ini patut dijadikan peringatan untuk kita yang dewasa mengawal atau menghadkan kandungan yang ditonton oleh anak-anak kita di rumah.

Baca juga artikel menarik lain:

Penampilan Baharu Sherry Alhadad Terima Pujian Ramai, Kelihatan Lebih Ramping Dan Menawan!

Padah Tayang Video Rentas Negeri, Polis Buru ‘Influencer’ Media Sosial Langgar SOP

Sumber daripada: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement