Berita
5 Kakitangan Kementerian Kewangan Mengaku Terima Rasuah
Cara kita mendapatkan sumber kewangan adalah berbeza sama ada cara yang betul atau tidak
Tidak dinafikan setiap daripada kita memerlukan duit untuk meneruskan hidup untuk membeli makanan, pakaian serta membayar komitmen bulanan. Tanpa duit, sukar untuk meneruskan kehidupan seharian.
Namun, cara kita mendapatkan sumber kewangan adalah berbeza sama ada cara yang betul atau tidak.
Menurut laporan menerusi ciapan dari pengguna twitter, @redzuannewsmpb melaporkan terdapat lima kakitangan dari Kementerian Kewanangan ditangkap kerana menerima rasuah.
“Kelima-lima tertuduh berusia 32-39 tahun bergred W19-W29 dari Unit Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan didenda RM1,500 sehingga RM2,000 selepas mengaku bersalah terima rasuah dalam salah guna kuasa mengenai pendaftaran akaun baharu e-Perolehan,”
Malah, mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh bertindak sebagai orang tengah dengan nilai suapan antara RM200 hingga RM600 untuk setiap permohonan bagi mendapatkan status syarikat Bumiputera daripada individu tertentu.
Bagaimanapun, ada warganet yang tidak berpuas hati dengan amaun denda yang dikenakan kerana tertuduh berkemungkinan besar memperoleh lebih dari jumlah denda tersebut.
Katanya jumlah denda terlalu sedikit dan ia seakan tidak memberi kesan kepada pesalah. Apa pula pendapat anda?
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Pembantu penguat kuasa KPDNHEP didakwa terima rasuah RM8,000
Sumber: twitter