Connect with us
Kool FM

Berita

2 Lelaki Penyamar Pekerja Kurier Samun Wanita & Sorok Bayi 3 bulan Dalam Tong Sampah

Suspek bertindak berang kemudian mengambil bayi mangsa dan menyembunyikannya di dalam sebuah tong di rumah berkenaan manakala anak perempuan mangsa tidak diapa-apakan.

Published

on

Hati-hati buat anda yang gemar membeli barang online! Sejak mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Mac tahun lalu sehingga kini, terdapat peningkatan dalam pembelian online oleh masyarakat. Kejadian berlaku di Pulau Pinang, dua lelaki bertindak menyamar menjadi pekerja kurier telah menyamun rantai emas bernilai RM1,200 daripada seorang wanita dan menyorokkan bayi lelaki mangsa yang berusia tiga bulan di dalam sebuah tong dengan keadaan mulut disumbat dan ditampal pelekat.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata dua lelaki tidak dikenali datang ke rumah mangsa mendakwa kononnya mereka dari syarikat kurier yang mahu menghantar barang. Kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika suri rumah berusia 30 tahun itu berada di rumah bersama bayi lelaki dan anak perempuan berusia tiga tahun ketika suaminya keluar ke tempat kerja di Batu Kawan.

Kedua-dua suspek membawa sebuah kotak besar bersama sebagai satu helah untuk meminta wanita tersebut membuka pintu. Sebaik mangsa membuka pintu rumahnya, seorang daripada suspek mengeluarkan pisau dan mengacukannya ke arah mangsa serta meminta mangsa tidak menjerit.

Difahamkan, dua suspek itu telah mengambil rantai emas mangsa sebelum meminta wang sebanyak RM50,000 dan apabila mangsa berkata dia tidak mempunyai wang sebanyak itu, kedua suspek bertindak mengambil bayi mangsa dan menyembunyikannya di dalam sebuah tong di rumah berkenaan.

Selepas dua suspek itu beredar, wanita tersebut terus keluar mencari bayinya sebelum menemukan anaknya itu di dalam tong dalam keadaan mulut disumbat tuala kecil serta ditampal pelekat manakala anak perempuan mangsa tidak diapa-apakan.

Polis bagaimanapun masih giat mengesan kedua suspek dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat. Bersamalah kita mengambil kejadian malang ini sebagai satu pengajaran supaya kita lebih berhati-hati apabila didatangi individu mendakwa pekerja kurier bagi mengelak daripada menjadi mangsa jenayah.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Kembalilah Kepada Kami..”- Lori Syarikat Kurier Dahulu Penuh, Kini Kosong

Barang Kurier Sampai Dibalut Dengan Seluar Dalam, Siapa Patut Dipersalahkan?

 

 

 

Sumber: BH

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement