Berita
18 Hari Bertarung Nyawa, Akhirnya Penerima Hati Negara Pertama Meninggal Dunia
Perkembangan itu disahkan oleh penderma hatinya, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,Wan Mohd Hafizam Wan Ismail selepas menerima berita sedih itu dari bapa Afiq pada awal Subuh tadi.
Terdahulu, Mohd Afiq Iqmal perlu membuat perbedahan akibat komplikasi hati. Kesan daripada itu, dia perlu melakukan pemindahan hati untuk meneruskan kehidupan yang mampu bertahan lebih 20 tahun selepas menjalani pembedahan pemindahan hati.
Malangnya, selepas 18 hari bertarung nyawa penerima hati pertama negara meninggal dunia di Hospital Selayang hari ini.
Perkembangan itu disahkan oleh penderma hatinya, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,Wan Mohd Hafizam Wan Ismail selepas menerima berita sedih itu dari bapa Afiq pada awal Subuh tadi.
“Jam 5 pagi tadi selepas saya terima panggilan berita sedih ini, hanya doa yang mampu saya berikan dan sebagai penderma hatiny saya akan mengiringi mereka untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.” ujarnya.
Pemuda itu mencatat sejarah negara apabila menjadi penerima hati pertama di Malaysia pada 1999 selepas menerima hati daripada Wan Mohd Hafizam sekaligus membuka mata masyarakat betapa pentingnya pendermaan organ.
Kini, keluarga Mohd Afiq sedang membuat persiapan untuk pengebumian jenazah di Kampung Masjid Tikam Batu, Kedah.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Kanak-Kanak 2 Tahun Meninggal Kerana Masukkan Sudu Dalam Lubang Extension
8 Tanda Kucing Sakit & Demam Yang Kita Kena ‘Alert’. Mungkinkah Ia Akan Meninggalkan Kita?
Sumber: kosmo