Connect with us
Kool FM

Berita

Nilai Daun Ketum Sehingga RM26k Dirampas, Ini Bahayanya Jika Ketagih Ketum!!

Bila ada orang yang pandai sangat campurkan ketum dengan benda-benda lain..

Published

on

Nilai rampasan daun ketum pertama untuk tahun 2020 dianggarkan RM26,000 di kebun getah di Kampung Padang Durian, Mukim Padang Kerbau, Pendang pada 13 Januari lalu. Namun, tiada tangkapan dilakukan.

Kini hampir ke penghujung tahun, Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai cuba menyeludup 170 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan Op Benteng Covid di Jalan Kampung Pulau Ketam semalam.

1,330kg daun ketum dirampas | Harian Metro

Sumber: harianmetro

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, hasil pemeriksaan dalam kereta tersebut menemukan 17 bungkusan hitam yang di dalamnya mengandungi daun hijau disyaki daun ketum yang disembunyikan di dalam but belakang dan tempat duduk kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Ghani berkata lagi, lelaki itu dipercayai menetap di Padang Besar dan anggaran berat daun ketum berkenaan adalah sebanyak 170 kg, manakala nilainya dianggarkan RM5,100 manakala, turut merampas kereta itu yang dianggarkan bernilai RM13,000.

DAUN ketum yang ditemukan di dalam but kereta berkenaan. FOTO Ihsan PGA

Sumber: harianmetro

Bagaimanapun, setiap tumbuhan pasti ada manfaat yang tersendiri kerana tiada satu pun ciptaan-Nya memberi kesan buruk cuma manusia saja yang menggunakan cara yang salah.

Ini kerana, dalam satu laporan media, terdapat kenyataan ketum tidak memudaratkan dan kajian itu dilakukan oleh Dr Rusli Abd Rashid dari Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya (UMSC).

Daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan serta bagi merawat sakit belakang.

Sakit Pinggang Sebelah Kanan, Apa Penyebabnya?
Sumber: klikdokter

Malah, difahamkan daun ketum juga adalah herba yang paling mujarab di antara herba alternatif yang dicuba dalam  pemulihan tenaga dan juga faktor kesihatan lain.

Bagaimanapun, sehingga kini belum dapat dibuktikan secara saintifik kebaikan pokok biak atau kini lebih dikenali sebagai ketum secara saintifik kerana ketum tidak digunakan dalam perubatan moden.

Bermula awal tahun 2003 daun ketum terkenal kerana dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan disebabkan ia mengandungi mitraginin.

Kesalahan Berkaitan Ketum Setara Ganja Selepas Pindaan Undang-Undang - Semasa | mStar

Sumber: cariangoogle

Walaupun ketum ada manfaatnya, tapi masih lagi bergantung dengan cara penggunaannya. Kajian saintifik mendapati bahawa air ketum boleh membawa kepada implikasi sawan atau dengan erti lain epilepsi sekiranya diamalkan untuk tempoh masa yang lama atau mengambilnya secara berlebihan.

Apa yang jadi masalah adalah bila ada orang yang pandai sangat campurkan ketum dengan benda-benda lain seperti seperti ubat nyamuk, tembakau, alkohol, kafein, pil khayal, ubat demam, panadol dan ubat batuk. Oleh itu, pokok ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Harga daun ketumbar Thailand RM50 sekilo pada Ramadan

Pengedar daun dan air ketum, ubat batuk dicekup

 

 

 

Sumber: harianmetro , BH

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement