Berita
16,000 Vaksin COVID-19 Selamat Tiba Di Pulau Pinang
“Saya sebagai pemimpin negeri, rela menjadi individu pertama disuntik vaksin yang dijangka bermula pada minggu akan datang bagi menunjukkan sokongan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan,” katanya.
Detik bersejarah 2021 berlaku apabila kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan Malaysia Airlines MH604 dengan menggunakan pesawat Airbus 330-300 yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd (MASKargo).
Kemudian sekitar pukul 5.35 petang, Pesawat Boeing 747 Cargo Cathay Pacific CX-079 berjaya membawa tiga kotak vaksin itu mendarat di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dengan membawa sejumlah 16,000 dos vaksin COVID-19.
Menerusi fasa pertama, lebih 30,000 individu terdiri daripada kumpulan barisan hadapan akan menerima suntikan vaksin Covid-19 bermula minggu depan.
Bagaimanapun, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang bakal menerima stok vaksin Covid-19 secara berperingkat dan akan ditempatkan di dua buah hospital di sini.
“Saya sebagai pemimpin negeri, rela menjadi individu pertama disuntik vaksin yang dijangka bermula pada minggu akan datang bagi menunjukkan sokongan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan,” katanya.
Kon Yeow turut berkata, kerajaan negeri berharap ketibaan vaksin berkenaan dapat memulihkan keadaan pandemik Covid-19 setelah berusaha patuhi beberapa fasa penting dalam melawan Covid-19.
Siapa pun yang bakal menerima suntikan pada fasa pertama ini, semoga semua rakyat Malaysia dapat menerima dengan hati terbuka dan tidak mudah mempercayai konspirasi yang tersebar.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Vaksin COVID-19 sumbangan UAE tiba di Gaza
Guru Antara Penerima Vaksin Fasa Pertama Program Imunisasi COVID19
Sumber: harianmetro