Connect with us
Kool FM

Berita

Tidak Berperikemanusiaan! Kanak-Kanak Dikurung Dalam Sangkar Anjing

Kenapalah wujud manusia macam ni…

Published

on

Setiap kanak-kanak seharusnya membesar dalam suasana yang kondusif serta keadaan yang selamat. Namun lain pula cerita bagi seorang kanak-kanak di Atlanta, Amerika Syarikat, apabila ditemui dikurung dalam sangkar anjing di sebuah rumah di Henry Country. Penemuan kanak-kanak malang itu adalah hasil maklumat penduduk setempat kepada pihak polis mengenai kes penderaan haiwan. Selepas bergegas ke lokasi, apa yang mereka temui adalah lebih teruk daripada kes penderaan haiwan.

Ditemui Dalam Keadaan Tidak Terurus…

Kanak-kanak terbabit ditemui dalam keadaan yang menyedihkan dan tidak terurus. Pihak polis juga menyatakan agak terkejut dengan penemuan itu. Susulan daripada itu, dilaporkan polis telah menahan tiga individu yang disyaki mengurung kanak-kanak itu dalam sangkar anjing untuk tindakan lanjut.

Mereka yang ditahan ialah ibu mangsa, Heather Scarbough, 42 tahun, ayah tirinya yang berusia 46 tahun, dan juga datuknyanya berusia 82 tahun. Menurut Ketua Polis Henry Country, Monte Belew, mangsa turut dikurung berhampiran sangkar haiwan lain termasuk yang cedera membabitkan ular, anjing, ayam, cicak, kucing dan burung pelbagai jenis.

Tambahan lagi, Belew berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa yang berumur 18 bulan itu menghabiskan sebahagian besar hidupnya di dalam sangkar berkenaan. Ia sememangnya satu insiden yang tidak patut berlaku kerana telah menganiaya kehidupan seorang kanak-kanak. Semasa serbuan, pihak polis juga mengatakan terdapat mainan yang diletakkan di dalam sangkar itu, namun tiada selimut untuk mangsa.

Keadaan Rumah Yang Jijik!

Selain itu, kawasan dalam rumah berkenaan juga dilihat tidak terurus dan di ruang dapur dipenuhi lipas dan serangga-serangga lain. Malah, seluruh rumah berkenaan dipenuhi makanan busuk dan sampah yang berselerak. Entah apa lah yang difikirkan oleh mereka sehingga memilih untuk hidup dalam keadaan sebegitu dan ditambah lagi menganiyayai seorang kanak-kanak yang tidak bersalah.

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement