Connect with us
Kool FM

Berita

“1 Kes COVID-19 Varian UK B.1.1.7 Ditemui..” – Dr Noor Hisham

Bagaimanapun, pengembara tersebut diasingkan untuk rawatan lanjut.

Published

on

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula selama 14 hari.

Perlaksanaan ini hanya berjalan di enam buah negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari depan.

Namun, terdapat satu lagi berita yang tidak menyenangkan apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham mengeluarkan kenyataan tentang virus COVID-19 menerusi laman facebook miliknya.

Menurutnya, semalam satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 atau 202012/01 mutasi protein Spike telah dikesan di Malaysia.

“Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak menyebabkan gejala yang teruk, namun, ia boleh menular dengan mudah dan cepat,” tulis beliau.

Mutasi Virus Corona Lebih Menular juga Dilaporkan di Negara Ini Halaman all - Kompas.com

Sumber: kompas

Virus jenis tersebut dikenalpasti dari seorang pengembara yang mempunyai sejarah pulang dari United Kingdom pada bulan Disember tahun lepas.

Bagaimanapun, pengembara tersebut diasingkan untuk rawatan lanjut.

No photo description available.

Dalam pada masa yang sama, Dr Noor Hisham mengingatkan pada orang ramai supaya jaga penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam.

Penulis harap kita semua dijauhkan dari dijangkiti wabak ini.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Virus COVID-19 Mampu Hidup 9 Jam Atas Permukaan Kulit. Teruskan Ikut Cara Betul Basuh Tangan Ini

Apa Perbezaan Antidot, Antibiotik & Virus?

 

 

 

 

Sumber: facebookdrnoorhisham

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement