Connect with us
Webinar Kool

Berita

Kool Talk: Punca Generasi Muda Tak Tahan Tempat Kerja

Generasi kini kena kuat!

Published

on

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, dianggarkan seramai 2.5 juta orang telah mati membunuh diri akibat daripada tekanan kerja yang melampau dan 60% daripada laporan berkenaan telah berlaku di Asia.

Contohnya di negara Jepun yang terkenal dengan simptom karoshi iaitu kematian akibat terlalu teruk bekerja dan dianggarkan 10,000 pekerja mati akibat tekanan pekerjaan pada setiap tahun

Trend itu bagaimanapun kini meningkat dengan banyak pekerja yang rata-rata generasi muda meletakkan jawatan akibat tekanan di tempat kerja.

Sehubungan itu, Kool FM menerusi segmen Kool Talk bersama penyampai AG, Haiza dan Muaz telah membincangkan beberapa perkara yang nyata menjadi punca golongan ini tidak tahan di tempat pekerjaan masing-masing.

Haiza menerusi perbicangan berkenaan memulakan topik dengan membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok termasuk:

  • Baby Boomers: Lahir antara 1946-1964
  • Generation X: Lahir antara 1965-1980
  • Millennials (Generasi Y): Lahir antara 1981-1996
  • Post-Millennials (Generasi Z): Lahir antara 1997 hingga kini

Sementara itu Muaz menyatakan Millennials atau Generasi Y dilahirkan sewaktu transformasi teknologi berbanding dengan Generasi Z yang dilahirkan sudah mempunyai segalanya.

Menurut AG pula, susu formula kini turut dilihat dapat membantu minda individu itu bergerak dengan lebih cepat.

Jadi berbezalah dengan baby boomers dan generasi X yang bersungguh-sungguh mengusahakan sesuatu daripada bawah sehingga mencapat tahap yang lebih tinggi. Disebabkan itu, mereka lebih menghargai perkara yang diusahakan berbanding dengan generasi yang lain yang mudah menghadapi tekanan terutamanya di tempat kerja.

Ikuti perbincangan lanjut menerusi Catch Up Kool di bawah:-

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement