Connect with us

Berita

Kool Talk: Pendidikan Seks Kanak-Kanak Perlu Atau Tidak?

Wajar atau tidak?

Published

on

Menerusi segmen Kool Talk pada 22 Januari 2020, trio pagi AG, Haiza dan Muaz telah membincangkan tentang pendidikan seks sama ada ia perlu atau tidak dididik di sekolah.

Menurut AG yang membacakan artikel melalui satu portal online, guru-guru diminta tidak mengabaikan pendidikan seks di sekolah dalam usaha menangani jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, buat masa ini pendidikan seks diajar di peringkat prasekolah hingga sekolah menengah di bawah sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Sementara menurut Berita Harian pula, cadangan pendedahan awal pendidikan seks dan reproduktif bagi mengurangkan jumlah hamil luar nikah dalam kalangan remaja dianggap usaha proaktif.

Inisiatif berkenaan wajar dilaksanakan ibu bapa sendiri, namun apa yang berlaku sebaliknya. Seperti disarankan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, idea itu sudah lama dilontarkan, tetapi selalu dipandang negatif. Mungkin sesetengah ibu bapa terlalu konservatif dan menganggap perkara berkaitan seksual sebagai ‘taboo’ yang bertentangan norma masyarakat.

Bagaimanapun, pendengar yang bernama Puan Juliana telah menghubungi Kool FM dan berkongsi kisah caranya mendidik anak-anak tentang perkara tersebut.

Katanya, dia mendapat pertanyaan daripada anaknya sebagai contoh, bagaimana bayi itu dihasilkan. Sebagai seorang ibu, Puan Juliana tidak lari daripada solana berkenaan, malah menerangkannya secara terperinci. Ikuti prbualan Puan Juliana bersama dengan AG, Haiza dan Muaz menerusi Catch Up Kool di bawah:

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement