Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kool Talk: Love Scam

Awas!

Published

on

Anda pernah menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali? Kalau belum pernah, jangkat cuba-cuba untuk angkat telefon tu! Sebab kemungkinan besar untuk anda ditipu dan terlibat dengan jenayah sindiket penipuan melalui panggilan telefon adalah amat tinggi.

Pelbagai cara akan dilakukan oleh penjenayah untuk menipu mangsa, termasuk dengan tawaran bercinta, kemudian memperdaya dengan meminta wang dan akhirnya tertipu dengan penjenayah terbabit.

Menerusi segmen Kool Talk pada 23 Januari 2020, mereka telah membincangkan perkara ini yang masih lagi berlaku bukan sahaja di luar negara, malah masih terjadi di Malaysia.

Menurut AG, dia bukan mahu mempromosikan sebuah aplikasi yang dimuat turut dalam telefon pintarnya, namun aplikasi yang dinamakan Whos Call sangat membantunya mengetahui siapa disebalik panggilan yang diterima dan lokasi pemanggil berkenaan.

Jelas AG, dia pernah menerima panggilan daripada British. Menyedari dia tidak pernah berurusan dengan sesiapa di negara berkenaan, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menyekat nombor terbabit.

Bagaimanapun Muaz menyatakan sindiket penipuan percintaan ini kebiasaannya berlaku pada individu yang masih bujang. Bermakna, penjenayah terbabit sudah terlebih dahulu mengkaji mangsa sebelum memperdaya mereka.

Dengar lebih lanjut tentang sindiket ini menerusi Catch Up Kool :-

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement