Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kool Talk: Hukuman Pemandu Mabuk

Semoga hukuman setimpal dikenakan terhadap pemandu mabuk yang memandu dalam keadaan berbahaya.

Published

on

Malaysia mempunyai kadar kematian tertinggi untuk kemalangan jalan raya di Asia dan Asean, di belakang Thailand dan Vietnam.

Pada 30 Januari, tiga penyampai Kool FM iatu AG, Haiza dan Muaz telah membincangkan satu topik menarik iaitu berkenaan hukuman kepada pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Memandu dalam keadaan mabuk bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah mampu meragut nyawa orang yang tidak bersalah.

Bagi kes yang menyebabkan kematian, tertuduh boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan denda penjara maksimum 12 bulan.

Terdahulu, Haiza juga sempat berkongsi beberapa kes kematian antaranya seorang kontraktor yang mengalami kecederaan parah di kepala akibat dilanggar pemandu mabuk di Jalan Burma, Georgetown, Pulau Pinang.

Pelbagai reaksi serta cadangan turut diutarakan mereka dalam menangani gejala tidak sihat itu termasuk mengenakan hukuman yang lebih berat seperti lesen pemandu terus ditarik, penjara, denda yang setimpal, sebatan atau kesemuanya sekali.

Menurut Muaz, kerajaan memandang serius tentang perkara ini dan sedia mengkaji semula peruntukkan undang-undang sedia ada berkenaan kesalahan tersebut dan akan dibincangkan pada minggu hadapan di dalam kabinet.

AG berharap pihak berkuasa dapat memantau semula tentang kebenaran miligram (mg) alkohol di dalam darah selain pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga menyediakan alat breathalyzer setiap kali menjalankan sekatan jalan raya atau roadblock di jalan raya.

Biarpun penyampai Kool FM  gagal mendapatkan respon daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mereka sempat menerima maklum balas daripada DSP Foo Chek Seng, dari Jabatan Pencegahan Jenayah  Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman terhadap isu pemandu mabuk.

“Kemudahan transport sekarang sudah banyak, kita ada Grab, kita ada teksi, kita ada kawan-kawan. Kalau kita nak keluar ramai-ramai nak minum pun (walaupun tidak menjadi halangan) yang paling penting kita tidak tahu tahap kita akan mabuk. Cara paling mudah sekali apabila kita hendak minum pastikan kita jangan memandu, itu sahaja.

“Peraturan sejak dari dulu memang sudah ada tetapi intinya kesedaran orang ramai. Sama ada mabuk ke tak mabuk ke, kalau sudah minum jangan pandu, itu saja. Pergilah naik Grab atau ajak kawan sebagai perancangan selepas untuk bagaimana hendak balik dengan selamat, itu yang paling penting,” tegasnya. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement