Berita
Kool Talk: Hukum Gugur Dalam Islam
Fikir sebelum bertindak..
Kebelakangan ini, banyak kes-kes pembuangan dan penemuan bayi telah dipaparkan di dada-dada akhbar. Lebih menyayat hati apabila bayi yang tidak bersalah itu, ditemukan dalam keadaan yang sudah tidak sedarkan diri, meninggal dunia dan ada juga yang masih hidup namun dilihat sedang kelaparan.
Bagaimanapun, banyak usaha kerajaan serta badan bukan kerajaan dalam mengatasi masalah ini. Antaranya dengan menubuhkan pusat pelindungan bayi dimana tempat tersebut adalah tempat yang paling selamat untuk meletakkan bayi jika individu tersebut tidak mahu bertanggungjawab atas bayi itu.
Namun, ada juga yang mengambil jalan singkat apabila sudah terlanjur dan disahkan mengandung, dengan memakan pil bertujuan untuk menggugurkan kandungan. Lebih terkesan apabila mereka mendapatkan pil tersebut daripada dalam talian.
Menerusi satu temubual yang telah dibincangkan oleh penyampai radio Kool FM iaitu AG, Haiza dan Muaz, mereka telah mendapatkan ulasan dari Ustaz Fauwaz Fadzil (Penasihat Syariah) tentang hukum gugur kandungan dalam Islam.
Sesungguhnya, tiada penyakit yang tiada penawarnya, begitu juga dengan masalah. Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya.
Sekiranya anda adalah salah satu mangsa, berundinglah, carilah individu yang boleh dipercayai untuk mendapatkan khidmat nasihat ataupun kongsikan masalah. Yang penting, jangan ambil jalan mudah yang pastinya akan menyebabkan anda menyesal atau tidak berhenti memikirkan hal berkenaan.