Connect with us

Berita

Kool Talk: Golongan Tidur Lambat Mati Awal

Alamak..

Published

on

Berita Harian baru-baru ini telah mengeluarkan satu artikel mengenai golongan yang kerap berjaga sehingga lewat malam dan bangun tidur awal berisiko meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang tidur dan bangun awal.

Menurutnya, tinjauan ke atas lebih 430,000 orang di Britain mendapati mereka yang tidur lewat berisiko 10 peratus meninggal dunia dalam masa 6.5 tahun.

Namun, menerusi perbincangan yang dilakukan oleh penyampai radio Kool Ag, Haiza dan Muaz tadi, mereka telah mendapatkan Dr Choor Chee Ken, Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Am Hospital KPJ Rawang untuk mengulas lebih lanjut mengenai artikel berkenaan.

Menurut pakar tersebut, tidur lewat bukanlah akan mengakibatkan individu mati lebih awal. Namun, apabila seseorang itu tidur lewat, risiko untuk mendapat penyakit lain seperti kencing manis, kolestrol tinggi, darah tinggi dan sebagainya itu yang mendorong kepada kematian.

Bagaimanapun, pakar berkenaan turut sempat memberi langkah-langkan untuk mendapatkan tidur yang cukup dan nyenyak kerana ia amat penting termasuklah:

  • Cari masa untuk rehat
  • Beriadah pada hujung minggu
  • Elakkan pengambilan kopi atau teh
  • Sebaliknya minum susu dan elakkan minum berlebihan kerana ia akan mengganggu proses tidur seseorang.

Dengar lebih lanjut penjelasan pakar ini menerusi Catch Up Kool dibawah:

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement