Connect with us
Kool FM

Berita

Kool Talk: Denda Terhadap Pembuang Sampah

Buang sampah di tempat sepatutnya, bersama kita menjaga dan memelihara alam sekitar.

Published

on

Pembuangan sampah di merata-rata tempat.  Kesannya adalah kepada alam sekitar dan juga hidupan liar yang terseksa akibat sikap kecuaian manusia.

Dalam segmen Kool Talk hari ini (3 Februari), tiga penyampai Kool FM AG, Haiza dan Muaz membincangkan isu denda atau hukuman yang patut dikenakan kepada masyarakat yang gemar  membuang sampah (puntung rokok, lampin pakai buang, botol air dan lain-lain) di merata-rata tempat.

Akibat sikap malas yang tidak mahu bergerak jauh untuk ke tempat pembuangan sampah, telah terjadi beberapa kes serius sebelum ini iaitu seorang remaja maut pada tahun 2018 apabila sebuah kerusi dari tingkat atas sebuah rumah flat menghempap dirinya.

Selain itu, seekor buaya juga dilaporkan tersekat tayar motor di leher. Kejadian dikatakan berlaku di Palu, Indonesia pada tahun 2016.

Berdasarkan polling yang dilakukan di laman sosial Twitter dan Instagram, ini antara respon yang diberikan kenapa masyarakat masih membuang sampah merata-rata:

  1. 50% – Kurang didikan
  2. 21% – Tiada tong sampah berdekatan
  3. 15% – Menyerahkan tugas kepada Cleaner untuk kutip dan bersihkan
  4. 14% – Janji tempat sendiri bersih

Menurut Encik Yusof daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), mereka yang melakukan kesalahan membuang sampah di kawasan tersebut akan berdepan hukuman denda maksimum RM1,000 dan tidak boleh dikurangkan.

Sekiranya pihaknya menerima aduan daripada jiran tetangga beserta saksi, saman akan dikeluarkan serta merta.

Dalam pada itu, beliau juga bersetuju dengan pandangan AG bahawa pengadu sewajarnya mengambil gambar bukti orang yang membuang sampah merata-rata sebelum membuat aduan kepada MPSJ.

Haiza turut berkongsi tentang selebriti, Maya Karin yang amat prihatin dengan isu kebersihan alam sekitar dan sering memberi kesedaran kepada masyarakat menerusi platform media sosial.

Untuk mendengar perbualan penuh mengenai topik ini, klik sini

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement