Connect with us
Kool FM

Berita

Kool Talk: Content Gila-Gila Atau Gila Content?

Berilah sokongan, bukan kecaman..

Published

on

Dalam era pemodenan yang semakin pesat membangun ketika ini, selari dengan teknologi semasa pelbagai aplikasi telah dicipta hanya untuk memudahkan perjalan kehidupan seharian setiap individu.

Dalam menggunakan ia sebagai menyebarkan perkara yang berfaedah, ada juga individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kemudahan yang telah dicipta temasuklah sosial media seperti aplikasi WhatsApp, Instagram, Facebook, Twitter, Youtube dan banyak lagi.

Terkini, paling mencuri tumpuan ramai sudah pastinya isu tentang kontroversi membabitkan individu bergelar Datuk Seri yang mengeluarkan lagu sendiri sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Lebih-lebih lagi apabila sudah ditegur oleh ibunya sendiri yang juga seorang usahawan sebuah kosmetik terkemuka di Malaysia.

View this post on Instagram

Letih sesak dada Mak dah , xpayah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau x tahan sgt..sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok org kutuk kri..!! . "..tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sgt ke ..?? Mak rela masuk utan dr tengok IG atau lagu ko kri ..Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dr dengar suara ko . Yg menangis2 air mata darah..!! Apa hal pulak ..ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial ..Maaf ya kri..tak sesudah perangai ko kan,, mak dah penat tengok komen org 'tak reti ajak anak'' . Kalau kecik2 boleh aku piat, aku kurung ko syukri,, kalau dah besar panjang mcm ni ko yg kurung aku balik..!! Sbb ko kuat . Bukan mak x sayang dan bukan mak tak nasihat , berbuih mulut dah , sampai keluar air mata nanah pun Mak kri buat gak..Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana..!! Sedap mereka cakap pasal kri , sbb kri yg mengundang..!! tolong lah jaga maruah keluarga,, jangan lah buat perangai yg bukan2.. satu2 ..seronok ko je kan..!! Mcm2 kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke " Mak dn kami kena bahananya " Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok2 " kri jawab baik sgt , cakap sayang Mak dn ikut cakp Mak" lepas tu buat lagi “ . KRI sgt baik dgn Mak suka gurau , jaga Mak korban apa saja, tp jgn buat macam ni kat orang awam , umur dh 30an drpd kecik susah dgr cakap Mak , Dah tua makin menjadi2 ko kan..!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.. kali ni mmg mak sgt2 marah sbb mak tak sanggup nk dgar lagi org komen negatif ttg kamu syukri..!!

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Apabila berita ini tersebar di laman sosial, ramailah pihak yang berteka-teki siapakah gerangan individu yang dimaksudkan. Masing-masing mahu menjadi penyiasat persendirian dan orang pertama menemukan jawapan.

Kool FM pada 18 Februari telah berjaya mendapatkan Datuk Aliff Syukri untuk memberi penerangan tentang lagu yang baharu sahaja dilancarkan.

Lagu tersebut menimbulkan kontroversi selepas foto yang dimuat naik memaparkan Datuk Aliff berwajah seram serta berdarah di bahagian mata.

Menurutnya, dia tidak meminta wang dengan sesiapa dan bukan mencari publisiti murahan, namun dia sendiri sedar dan tahu apa yang dia lakukan.

“Kalau bukan kita yang puji diri sendiri suara sedap, siapa lagi.”, ujarnya berseloroh.

Dengarkan perbualan lanjut antara Haiza dan AG bersama dengan Datuk Aliff Syukri menerusi Catch Up Kool dibawah:-

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement