Connect with us
Webinar Kool

Berita

Kool Talk: Bukan Menantu Pilihan

Love each other okay!

Published

on

Benarkah hubungan diantara menantu dan mertua dianggap seperti ‘love-hate relationship’?

Perselisihan faham, rasa cemburu, memendam perasaan sehingga ‘makan hati’ seringkali dialami kebanyakkan pasangan yang sudah berkahwin terutama jika anda bukan menantu pilihan.

Jika anda tinggal sebumbung bersama mertua pula, menyebabkan rumah tangga mula tidak bahagia. Sejauh manakah kebenaran itu?

Tidak dinafikan, alam rumah tangga berbeza dengan kehidupan ketika bujang dan setiap pasangan memerlukan masa untuk serasi bersama keluarga mertua.

Untuk diterima dan disenangi, kedua belah pihak harus bertolak ansur dan memberi peluang antara satu sama lain untuk mengenali hati budi masing-masing.

Jika mendapat mertua yang cerewet dan tidak mesra, berusahalah untuk menambat hatinya.

Ada banyak cara yang boleh dilakukan antaranya selalu berkongsi minat, memberi duit belanja, jaga tutur kata dan jangan marah suami / isteri depan mertua.

Dalam segmen Kool Talk bertarikh 13 Mac 2020, penyampai Kool FM iaitu AG, Haiza dan Muaz sempat bertanyakan pendapat daripada seorang selebriti tanah air iaitu Rita Rudaini.

Sekadar berkongsi pengalamannya, Rita mengakui situasi ‘bukan menantu pilihan’ ini sering terjadi dalam masyarakat namun atas beberapa faktor.

Antaranya, mertua memiliki calon menantu pilihan sendiri dan mungkin juga menantu itu yang bermasalah.

Rita juga berpendapat kedua belah pihak perlu memainkan peranan masing-masing dengan berlembut hati dan saling menyayangi seperti ibu bapa atau anak kandung sendiri.

Walaubagaimanapun, Rita berkata, sebaiknya pasangan yang baru mendirikan rumah tangga tidak tinggal bersama mertua bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Kata orang dari mata turun ke hati. Tak kenal maka tak cinta.

Seperti itu juga hubungan diantara menantu dan mertua. Love each other okay!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement