Connect with us
Kool FM

Berita

“Nangis Tak Nak Pergi Sekolah..” Warganet Terhibur Tengok Video Cikgu Naga Yang Cantik

Difahamkan ini ialah situasi yang sering berlaku di dalam kelas bukan sahaja semasa agihan makanan tetapi pernah juga terjadi semasa sesi pembelajaran.

Published

on

Baru sahaja beberapa minggu sesi persekolah secara bersemuka dilaksanakan, sudah ada pelbagai insiden yang melibatkan cikgu berlaku dan antaranya cikgu memakai baju kostum Spiderman untuk tarik minat anak murid, cikgu belanja sarapan pagi anak murid dan sebagainya. Cikgu seperti lilin yang membakar diri. Itulah istilah paling sering digunakan untuk menggambarkan tugas seorang cikgu.

Tugas mereka sebenarnya bukan mudah kerena mereka lebih daripada seorang pendidik. Mereka bukan setakat mengajar, malah terpaksa ‘menjaga’ anak-anak murid dari segi tingkah laku dan disiplin sepanjang mereka berada di sekolah. Boleh dikatakan ‘ibu bapa’ semasa di sekolah. Cikgu pra sekolah, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah masing-masing mempunyai cabaran mereka tersendiri dalam menangani pelajar.

Baru-baru ini tular sebuah video yang dikongsikan oleh seorang cikgu yang cantik bernama Herdiana Abdul Hamid menggunakan nama pangkal @dian.jaunah di Instagram miliknya. Video perkongsian tersebut adalah tentang dirinya yang sedang mengagihkan makanan kepada anak-anak muridnya mengikut turutan nama. Namun, bukan cara agih makanan menjadi tarikan warganet tetapi suara cikgu muda ini sangat lain daripada yang lain.

@dianjaunahcantikkayaBuang habuk sikit. Fuhh fuhh♬ original sound – DianJaunahCantikKaya

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, Herdiana atau lebih dikenali sebagai cikgu Dian pada mulanya menggunakan nada biasa untuk memanggil anak muridnya. Dia bagaimanapun terpaksa meninggikan sedikit suaranya ekoran dari suasana di dalam kelas yang riuh rendah dengan gelagat anak muridnya. Difahamkan ini ialah situasi yang sering berlaku di dalam kelas bukan sahaja semasa agihan makanan tetapi pernah juga terjadi semasa sesi pembelajaran.

Herdiana bagaimanapun mencuri tumpuan apabila menggunakan suara berbeza sewaktu memberi pesanan kepada anak-anak muridnya untuk tidak makan dahulu dan tunggu kawan yang lain. Suaranya yang garau seperti naga itu telah menyebabkan Cikgu Dian digelar cikgu naga.

Video tersebut nyata mendapat perhatian orang ramai yang terhibur dengan aksinya. Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur dan ada yang melihat video tersebut berulang kali sehingga sakit perut gelak. Apa yang paling tidak di sangkakan, hanya dalam beberapa hari video berkenaan telah ditonton hampir 20 juta kali di TikTok dan mendapat 1.5 juta tanda suka.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Dikecam Ajar Murid Menyanyi Lebih Dari Mengaji, Cikgu Ini Selamba Bidas Komen Netizen

[VIDEO] “Air Hingus Pun Lap” – Pujuk Murid Menangis, Cikgu Ini Dapat Pujian Dari Netizen

 

 

Sumber: TikTok@dianjaunahcantikkaya

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement