Hiburan
Konsert The Legend 40 Tahun Rosli Mohalim 29 November Ini
Rosli Mohalim menjanjikan persembahan bertenaga bagi mengubat rindu 700 peminat.
Published
2 weeks agoon
By
AdiliaKonsert The Legend 40 Tahun Rosli Mohalim bakal berlangsung di Panggung Asia, Gombak, Selangor pada 29 November ini.
Pemain gitar utama kumpulan rock legenda, Sweet Charity, Rosli Mohalim, 65, menjanjikan persembahan bertenaga bagi mengubat rindu 700 peminatnya.
Konsert berdurasi dua jam itu akan turut dijayakan oleh penyanyi tempatan seperti Zamani, Yabang Khalifah, Ameng Spring, Yazz Abdullah, Ammy Fara Zetty Rashid dan penampilan khas penyanyi jemputan, Bob Sentuhan Busker yang terkenal menerusi persembahan jalanan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Menerusi laporan wartawan, Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor, Rosli akan mempersembahkan 16 lagu yang pernah dihasilkannya termasuk lagu Teratai, Kamelia, Jangan Tunggu Lama-Lama, Zakiah, Di Mana Salahku, Satu Malam, Jangan Laju-Laju, Terasa, Mawar Merah dan Nafas Cinta.
Malah, empat lagu baharu ciptaan Rosli juga akan dilancarkan iaitu Ingkar dan Racun nyanyian Yazz serta Hilang Gelap dan Negara Tercinta nyanyian Bob.
Pemilik nama asal Rosli bin Dollah berasal dari Singapura, dan telah berkecimpung di dalam industri muzik lebih dari 40 tahun.
Sumber: Harian Metro
You may like
-
Minggu Pertama Ejen Ali The Movie Cecah RM13 Juta!
-
Emma Stone Kongsi Foto Cincin Tunang
-
“Dalam 2 Hari Ni Barulah Nampak Senyum, Boleh Bergurau Balik” – Saharul Ridzwan
-
Kongsi Video Berqasidah, Alunan Suara DS Siti Dipuji Peminat
-
Penyanyi Lagu Memori Cinta Luka Pulang Ke Rahmatullah
-
Ucapan Keisya Buat Nabila Huda Sempena Hari Jadi Menyentuh Hati