Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Konsert Rolling Stones Tangguh, Mick Jagger Buat Pembedahan!

Kumpulan itu menangguhkan semua tarikh siri jelajah di Amerika Syarikat dan Kanada, bagi memberi peluang kepada Mick Jagger untuk menjalani rawatan.

Published

on

Sumber: Reuters
Penyanyi utama kumpulan Rolling Stones, Mick Jagger dijadual menjalani pembedahan jantung minggu ini, selepas kumpulan itu menangguhkan siri jelajah Amerika Utara atas alasan kesihatan.

Sumber: Reuters

Laman web Drudge Report yang memetik sumber melaporkan, Jagger, 75, bakal menjalani pembedahan mengganti injap jantung, minggu ini di New York.
Sementara itu, laman web Page Six, New York Post yang turut memetik sumber melaporkan pembedahan itu membabitkan proses meletakkan sten di dalam jantung penyanyi itu.
Namun, wakil Jagger di Amerika Syarikat enggan mengulas lanjut mengenai laporan itu, malah jurucakap kumpulan itu di London yang dihubungi juga enggan mengulas laporan Drudge Report.
Baru baru ini, kumpulan itu mengumumkan bahawa mereka menangguhkan semua tarikh siri jelajah di Amerika Syarikat dan Kanada, bagi memberi peluang kepada Jagger untuk menjalani rawatan.

Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan jenis rawatan yang bakal dijalani oleh Jagger, tetapi menjelaskan bahawa dia dijangka pulih sepenuhnya.

Sumber: Berita Harian

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement