Connect with us

Semasa & Hiburan

Konsert Khas ‘Sang Gendang’ Tribute Buat Arwah Yazit Search

Artis-artis ternama berkumpul pada 6 dan 7 Disember

Published

on

Beberapa pemuzik dan artis tanah air bakal menjayakan konsert Sang Gendang, yang didedikasikan buat arwah Yazit Ahmad.

Konsert amal 11 Hours Live and Loud ini menampilkan rakan-rakan artis menyampaikan cover lagu-lagu Search yang pernah dimainkan Yazit selaku pemain dram.

Antara artis yang terlibat ialah Yassin, Dato Hattan, Andy Flop Poppy, Pretty Ugly, Jay Jay, Kugiran Masdo, Dato Nash, Dayangku Intan, Tomok, Hujan, Candy, Gersang dan Ekamatra.

Konsert tribute ini akan diadakan pada 6 dan 7 Disember di Panggung Anniversari.

Hari pertama, konsert bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam, manakala hari kedua akan bermula pada jam 3 petang.

Yazit meninggal dunia pada 26 September 2019, selepas dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur.

Arwah mengadu sesak nafas, dan sebaik tiba di hospital, jantungnya terhenti dan diberi bantuan pernafasan CPR.

Doktor mengesahkan, Allahyarham Yazit mengalami kecederaan otak berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan dan bergantung kepada sokongan mesin hayat.

Kumpulan Pretty Ugly turut berkongsi video promo Konsert Sang Gendang di akaun Instagram mereka.

Tiket sumbangan berharga dari RM40, RM60 dan RM80.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement